4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
1 1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
daun pisang secukupnya
stapler
sedikit pewarna hijau
gula pasir secukupnya
Blend kelapa + daun pandan + 4 cawan air. Tapis.
Blend santan + tepung gandum + garam sehingga sebati.
Bahagi adunan kepada dua bahagian.
Satu biarkan warna asal dan satu lagi masukkan sedikit pewarna hijau.
Layur daun pisang di atas api sehingga lembut.
Potong daun pisang sebesar 8 cm x 12 cm.
Ambil dua keping daun pisang tersebut dan bentukkan 4 segi, kemaskan dengan stapler.
Isi dalam kukusan. Masukkan 1/4 sudu kecil gula kedalam takung tadi dan tuang sedikit adunan berwarna hijau ( separuh takung ). Kukus selama 5 minit. Masukkan pula adunan berwarna putih
dan kukus lagi selama 5 minit. Tak bolih kukus terlalu lama sebab nanti wap akan bertakung di permukaan kuih. Siap.
No comments:
Post a Comment