Followers
Sunday, December 26, 2010
Kek Jalinan Kasih
( sumber kongsi resipi )
1 1/2 cawan planta
1 1/4 cawan gula kastor ( asal 1 1/2 cwn - mama kurangkan sikit )
2 1/ 2 cawan tepung gandum ( mama guna tpg berprotin tinggi )
1 sudu kecil membumbung baking powder
5 biji telur
1 sudu kecil esen rose
2 sudu makan susu pekat manis
serbok koko secukupnya
perwarna pilihan yang di sukai
Pukul planta + gula sehingga sebati.
Masukkan telur 1 / 1 sehingga habis sambil di pukul sehingga sebati.
Masukkan esen rose dan susu pekat manis, pukul lagi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di pukul dengan kelajuan pelahan.
Matikan mixer. Gaul tepung dengan senduk kayu secara kaup balik.
Bahagikan kepada 3 bahagian. Satu bahagian mama guna wara hijau dan dua lagi warna kuning.
Alas loyang 8 x 8 " dengan baking paper.
Ambil 3 senduk nasi aduan kuning dan sapu rata memenuhi ruang loyang.
Tak perlu terlalu licin permukaannya sebab nanti dia tak kelihatan beralun.
Ayakkan serbuk koko di permukaannya.
Ambil pula adunan berwarna hijau dan ratakan dengan berhati2 di permukaan sebuk koko tadi.
Kemudian ayak lagi serbuk koko di permukaan hijau tadi.
Buat seterusnya pada adunan yang ada sehingga habis.
Akhir sekali tak perlu di ayak serbuk koko.
( mama buat, bila masak ianya kelihatan seperti kek hangus di bahagian atas )
Bakar selama 1 jam 15 minit pada suh 150' C
kek dah siap di masak
ratakan adunan berwarna kuning
ayakkan serbuk koko lebih kurang 1 sudu besar
lapiskan pula dengan adunan berwarna hijau
Labels:
kek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment