1 paket behoon
5 ulas bawang putih
1 ' halia
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 kuib ayam knorr
250 gm udang hidup kecil
3 ekor sotong sederhana besar ( potong ikut suka )
1 pokok daun sup ( di hiris kecil2 )
1 pokok daun bawang ( di hiris kecil2 )
2 kelopak kobis panjang ( potong ikut suka )
1/2 batang karet ( di potong memanjang halus )
sedikit taugeh
1 cawan air panas
3/4 cawan minyak masak
Behoon di rendam sehingga lembut kemudian toskan.
Tumbuk bawang putih dan halia sederhana lumat.
Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk sehingga sedikit perang.
Masukkan udang hidup, sotong dan kiub ayam, kacau sehingga masak.
Masukkan behoon,air panas, kobis panjang, karet, serbuk lada hitam dan bahan2 perasa.
Kacau sehingga sebati dan behoon masak.
Akhir sekali masukkan taugeh dan hirisan daun bawang dan daun sup.
Balik2kan sebentar dan tutup api.
No comments:
Post a Comment