1 paket behoon ( 400 gm )
2 sudu besar bawang kisar ( siap + bawang putih + halia )
5 ulas bawang putih ( di tumbuk kasar2 )
2 sudu besar udang kering ( di tumbuk lumat )
1 kuib ayam knorr
100 gm isi ayam
2 biji telur
1 pokok daun bawang ( di hiris kasar2 )
1 pokok daun sup ( di hiris kasar2 )
1 cawan air panas
2 sudu besar kicap manis
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
3/4 cawan minyak masak
1 sudu besar cili boh ( ikut kepedasan )
sedikit taugeh ( jika suka )
3 pokok sawi ( di potong ikut suka )
Behoon direndam sehingga lembut dan toskan ( kalau di rendam dengan air panas maka tak perlu masukkan air panas lagi ).
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi kemudian masukkan bawang kisar dan cili boh.
Kacau sehingga garing dan wangi. Masukkan isi ayam dan kiub knorr dan kicap kacau sehingga isi ayam masak.
Pecahkan telur dan biarkan telur itu keras sedikit barulah di kacau rata.
Masukkan behoon, air panas, sawi serta garam dan gula kacau sehingga behoon benar2 lembut sambil di potong2
behoon itu supaya tidak terlalu panjang. Akhir sekali masukkan daun bawang, daun sup dan taugeh.
Balik2kan sebentar kemudian tutup api.
No comments:
Post a Comment