1/ 2 ekor ayam ( 4 org mkn pun tak habis )
1 paket rempah kari daging adabi
1 cawan air
3 sudu besar bawang kisar ( dah di + bwg putih dan halia )
3 batang serai ( di titik )
4 cawan santan ( 1 biji kelapa )
3 biji kentang ( potong ikut suka )
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
7 kuntum bunga cengkeh
1/2 cawan minyak masak
1 keping asam keping
Ayam di potong ikut suka ( mama suka potong kecil2 ) dan di bersihkan.
Serbuk kari di bancuh dengan 1 cawan air dan bawang kisar.
Panaskankan minyak kemudian tumis rempah tumis bersama serai.
Masukkan bancuhan serbuk kari tadi. Biarkan dan kacau sekali sekala sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam, kentang, santan serta asam juga garam dan gula.
Masak sehingga kentang empok atau kepekatan yang di kehendaki.
No comments:
Post a Comment