Followers
Wednesday, December 29, 2010
Ikan Kerapu Masak Taucu
1 ekor ikan kerapu ( 1/2 kilo )
1 cawan air
1/2 cawan kicap manis ( cap kipas udang )
1 labu bawang besar ( di mayang )
1 biji bawang putih ( di mayang )
1 biji lada besar hijau ( di hiris serong )
1 " halia ( di hiris )
2 sudu besar taucu
1/4 cawan minyak ( menumis )
minyak secukupnya untuk mengoreng ikan
Ikan di siang dan di bersihkan.
Kemudian bubuh garam / kunyit. Goreng jangan terlalu garing.
Panaskan 1/4 cawan minyak dan tumis bahan2 yang telah di hiris dan di mayang sehingga naik baunya.
Kemudian masukkan air dan semua bahan2. Biarkan sebentar sehingga mendidih.
Masukkan ikan dan balik2kan sehingga sebati..tutup api.
Bahan2 perasa lain tidak di perlukan kerana kicap sudah manis dan taucu sudah masin.
Semuanya sudah secukup rasa..
Labels:
ikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment