Followers

Sunday, December 26, 2010

Kek Kukus Buah2an


340 gm golden churn butter

1/2 buku butter biasa

1 cawan gula merah ( gula merah yang biasa kita buat kuih talam tu )

2 cawan gula pasir

1/2 cawan susu pekat manis

6 biji telor

1 sudu makan baking powder*

1 sudu makan soda bicabanate*

1 sudu makan esen perisa nenas / oren

5 cawan tepung gandum*

1 kg buah2an campuran ( mama suka buahnya banyak )



Pertama sekali...ayak bahan bertanda* kemudian gaul bersama buah2an campuran sehingga buah2an kelihatan kering, perap selama 1 jam. Tutup bekas tersebut.

Panaskan air kukusan sehingga mendidih. Saiz kukusan 36 cm. Isi air 3/4 iatu hampir penuh periuk kukusan.

Pukul kedua2 butter bersama gula merah sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis.

Masukkan susu dan esen dan pukul lagi. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung yang di perap tadi sedikit demi sedikit dengan mengacaunya pelahan2 sehingga habis.

Adunan ini agak kental sedikit.

Panaskan 2 cawan gula pasir didalam kuali dan buat gula hangus sehingga berbuih dan cepat2 tuang kedalam adunan tadi.

Cepat2 kacau sehingga rata. Proses ini kena cepat sebab air gula cepat membeku.

Alas periuk bersaiz 28 cm dengan aluminium foil kemudian tuang adunan. Jangan kacau lagi dah. Tutup periuk dengan sekeping lagi aluminium foil dan tutup lagi dengan penutup periuk. Kukus selama 4 jam atau sehingga masak.

Kukus lama kek akan tahan lebih lama..untuk kek jenis ini, lagi lama di simpan ..lagi sedap rasanya..

kaya dengan buah2an

size 28cm berat 2 kg

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails