Followers

Monday, December 27, 2010

Pajeri Nenas mamajay



Lauk yang menjadi kegemaran anak2 dara mama berdua tu..ninie Munira Xeeno dan mimei azrin..




1 biji nenas / terung
1 bungkus rempah pajeri putri ayu / rempah kari daging adabi
4 cawan santan ( dari i biji kelapa )
1 cawan kelapa ( buat kerisik ambil dari kelapa diatas )
1/2 cawan udang kering*
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih*
1' halia *
1/2 cawan air asam jawa ( anggaran 1 sudu besar asam jawa )
1 keping gula kerek siam
1 sudu besar gula pasir
1 1/2 sudu kecil garam

Bahan2 Tumis

3 ulas bawang merah ( di mayang )
3 ulas bawang putih ( dimayang )
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit manis
1/2 cawan minyak masak



Nenas di buang kulit dan di belah dua.
Potong anggaran 1 cm setiap keping.
Satu cawan kelapa di goreng sehingga perang gelap.
Kemudian di tumbuk sehingga pecah minyak ( jadi kerisik )
Satukan bahan2 tumis.
Bahan2 bertanda * ditumbuk lumat.
Satukan bersama satu cawan air, air asam dan rempah kari.
Panaskan minyak masak kemudian tumis bahan2 penumis sehingga wangi.
Masukkan rempah kari dan bairkan sehingga pecah minyak.
Masukkan santan, nenas, kerisik dan bahan2 perasa.
Kacau sekali sekala sehingga kuahnya pekat dan mengeluarkan sedikit minyak.
Siap.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails