Followers

Tuesday, January 28, 2014

AYAM PANGGANG SERAI BERMADU

1 ekor ayam
3 biji bawang  bawang besar ( sederhana besar )*
5 biji bawang kecil*
5 ulas bawang putih*
1 kiub ayam knorr*
2 " halia*
2" kunyit hidup*
5 batang serai*
1 sudu besar gula
2 sudu besar madu
3 sudu besar kicap manis ( cap kipas udang )
2 sudu besar rempah ( 3 paket ketumbar + 1 paket jintan putih + 1 paket jintan manis - sangai dan kisar..ambil secukup kegunaan sahaja )
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk lada putih
10 batang serai tambahan ( di titik )

Bersihkan ayam. Potong ikut suka atau di biarkan seekor.
Mama potong kecil2.

Bahan2 bertanda * di kisar halus. Satukan kesemua bahan2 dan salut pada ayam.
Perapa ayam beberapa jam. Mama perap semalaman, masukkan kedalam peti sejuk bahagian bawah. 
Susun 5 batang serai di dasar pemanggang..susun ayam dan letak lagi baki serai tadi.
Mula2 mama bakar separuh masak di dalam pemanggang ajaib. 
Pastu tukar ke pemanggang di atas dapur arang.
Bakar sehingga masak.




Thursday, November 7, 2013

SAMBAL CILIPADI TELUR ITIK


BY mamajay
Cilipadi ikut kepedasan sendiri*
1/2 cawan ikan bilis*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih ( kurangkan jika tak suka )*
1 sudu besar rata asam jawa + 1 cawan air
2 biji telur itik ( itu aje yang ada )
1/4 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
1/4 kiub ayam knorr
2 sudu besar minyak masak

Tumbuk sehingga lumat bahan2 bertanda.
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan2 yang telah di tumbuk tadi.
Sehingga wangi. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan kiub ayam.
Kacau sehingga sehingga mendidih. Rasa dulu.
Pecahkan telur kedalam mangkuk kecil, baru tuang kedalam kuah tersebut.
Berhati2 supaya bahagian kuning tidak pecah.
Pelahankan api, tutup kuali sehingga telur masak.
Jangan sampai telur kuningnya terlalu masak..nanti ianya akan keras.
Tutup api, sedia untuk di hidangkan.

KEK TATURA CHEESE

By: myresipi: mamajay

1 buku butter ( mama guna farmcow )
1/2 cawan tatura cheese
1 1/4 cawan gula caster
1/2 cawan susu segar
5 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis

1 sudu besar ovallate
1 sudu kecil esen rose
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder

Ayak tepung bersama baking powder sebanyak 3 kali.
Supaya tepung itu jadi halus dan ringan.
Satukan gula caster + butter + tatura cheese kemudian pukul sehingga sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil di pukul rata.
Dengan menggunakan spitula kaup adunan di tepi mangkuk masuk ke tengah mangkuk.
Masukkan susu pekat manis dan esen rose. Pukul lagi sehingga sebati. 
Dengan kelajuan mixer paling pelahan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Tak perlu di pukul rata, sekadar menghabiskan tepung saja.
Tutup mixer dan baki tepung yang belum sebati di gaul rata menggunakan senduk kayu.
Alas loyang berukuran 8" dengan baking paper. Tuang adunan.
Panaskan oven pada suhu 160'C.
Masukkan air panas ke dalam loyang berukuran 28 cm dengan air panas.
Masukkan loyang berisi adunan kedalam loyang air panas.
Berhati2 masukkan loyang tersebut ke dalam oven.
Bakar selama 1 jam 15 minit. Lima minit terakhir guna api atas bawah.
Sejukkan sebentar ( 5 minit ) keluarkan kek dari loyang dan sejukkan.

SAMBAL TELUR HANCUR


Kegemaran anak bujang mama..


3 biji telur
3 sudu besar bawang kisar ( ada campuran bawang besar, putih dan halia )*

1 sudu besar cili boh ( ikut kepedasan sendiri )*
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air
1/4 cawan minyak masak
1 sudu besar udang kering ( rendam dan tumbuk lumat )
1/4 kiub ayam knorr
1/4 sudu kecil garam 
2  sudu besar gula

Panaskan minyak dan tumis bahan2 bertanda * sehingga wangi dan keluar minyak.
Masukkan kesemua bahan2 kecuali telur. 
Kacau sehingga sebati dan mesra.
Pecahkan sebiji2..biarkan sedikit mengeras baru di kacau rata.
Tutup api dan hidangkan.

PUDING ROTI BUTTERSCOTH GARDENIA

( Rujukkan dan ubah suai dari resipi Cik Mat Gebu - terima kaseh Cik Mat di atas resipi yang sedap ini )


BAHAN UNTUK PUDING

1 buku roti butterscoth gardenia ( potong 3 segi )
2 cawan susu segar ( susu cair pun boleh )*
2 biji telur*
2 sudu besar gula caster*
1 sudu kecil esen vanila*
50 gm mentega ( cair dan sejukkan )*
sedikit mentega ( potong dadu )
2 genggam kismis hitam
2 genggam badam hiris

SOS KASTAD

2 susu segar ( susu cair pun boleh )
1/2 cawan air
2 sudu besar gula caster
1 1/2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanila

UNTUK MEMBUAT PUDING

Satukan bahan bertanda * dan kacau rata dengan pemukul telur ( whisk ). Ketepikan.
Lenser loyang berukuran 26 cm dengan mentega.
Susun roti memenuhi loyang. Tabur 1 genggam kismis dan 1 genggam badam hiris.
Letak sedikit mentega dadu.
Tuang separuh dari adunan susu segar tadi menutupi permukaan roti.
Susun lagi sebahagian roti sehingga habis menutupi bahagian roti yang pertama tadi.
Tabur lagi baki kismis dan badam hiris sehingga habis.
Letak sedikit lagi mentega dadu.
Tuang lagi baki adunan susu segar sehingga habis meresapi permukaan roti.
Bakar pada suhu 180' C selama 30 minit. Bila sudah masak, sejukkan.


UNTUK SOS KASTAD

Satukan semua bahan2 untuk membuat sos kastad.
Kacau dengan pemukul telur ( whisk ) sehingga sebati.
Masak dengan api sederhana sehingga kepekatan yang di kehendaki.
Tidak terlalu pekat dan tidak pula terlalu cair.
Sejukkan.

Saturday, September 7, 2013

Daging Kisar Sos Lada Hitam

200 gm dading kisar ( cuci dan tos dalam tapisan )
1 biji bawang besar ( di potong dadu )
3 ulas bawang putih ( di tumbuk kasar )
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar kicap manis cap kipas udang
1/2 cawan air1/4 cawan minyak masak

Panaskan minyak dan goreng daging kisar selama 2 - 3 minit.

Masukkan kedua2 jenis bawang dan masak sehingga bawang agak layu.
Masukkan kesemua bahan2 dan kacau sehingga agak kering.
Tutup api dan siap untuk di hidangkan bersama nasi atau roti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails