Followers

Wednesday, July 20, 2011

Stew Ayam

( lauk simple untuk tengahari tadi..)

1/2 ekor ayam ( potong ikut suka )

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil serbok kunyit

Gaul sebati semua dan goreng ayam separuh masak.

Ketepikan.

1 labu bawang besar ( belah 4 dan leraikan )*

3 ulas bawang putih ( hiris halus )*

1 " halia ( hiris halus )*

3 cawan air

1 cawan air + 1 sudu besar tepung jagung

1 1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil gula

1 sudu kecil knorr secukup rasa

1 biji lobak merah ( potong serong2 )

1 biji kentang ( potong serong2 )

1 sudu besar sos lada hitam

1/2 sudu kecil lada hitam serbok ( lada biji di mesin )

1/2 cawan minyak lebihan mengoreng ayam

Panaskan minyak dan tumis bahan2 bertanda* sehingga wangi.

Masukkan 3 cawan air dan kentang serta lobak merah juga semua bahan2 perasa.

Biarkan mendidih sehingga kentang dan lobak merah empok.

Masukkan ayam, biarkan sebati sebentar kemudian masukkan air tepung jagung.

Kacau2 sebentar dan tutup api.

Monday, July 18, 2011

Ayam Masak Merah



1/2 ekor ayam ( potong ikut suka )
2 " halia*
2 " kunyit hidup *atau ( 1 sudu kecil kunyit serbok )
1 sudu kecil garam
3 ulas bawang putih*

Tumbuk bahan2 bertanda * + garam dan di gaul pada ayam.
Perap sebentar dan goreng sehingga keperangan.
Jangan terlalu garing kerana ayam akan keras nanti.

3 sudu besar bawang kisar ( campuran bawang besar, bawang putih dan halia )
1 sudu besar cili boh ( ikut kepedasan )
3 sudu besar tomato puri
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula pasir
1 cawan air
3 helai daun limau purut ( jika suka )
1/2 cawan minyak masak

Panaskan minyak masak dan tumis bawang kisar + cili boh dan tomato puri.
Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan air, garam serta gula dan kacau lagi sehingga separuh pekat. Masukkan ayam dan kacau sehingga kepekatan yang di kehendaki.
Masukkan daun limau purut, kacau balik sebentar dan tutup api.

Nasi Minyak Hujan Panas


5 cawan ricecooker beras
6 1/2 cawan ricecooker air
1 cawan susu cair
2 sudu besar bawang besar ( telah di kisar )
2 " halia ( tumbuk halus )
5 ulas bawang putih ( tumbuk halus )
1 pokok kecil daun sup
1 sudu besar planta
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
7 kuntum bunga cengkih
1 1/2 sudu kecil garam
sedikit pewarna merah dan kuning

Mama panaskan je periok nasi letrik atas dapur.
Masukkan minyak sapi, minyak masak dan planta.
Tumiskan bahan2 penumis sehingga wangi dan masukkan bawang, halia dan bawang putih.
Tumis sehingga sedikit garing dan berbau wangi.
Masukkan beras yang telah di basuh dan di toskan.
Masukkan juga air dan susu serta garam.
Angkat periok dan masukkan ketempat asalnya dan masak nasi mseprti biasa ( letrik ).
Bila nasi dah kering, titiskan pewarna keatas nasi dan biarkan sehingga betul2 masak.
Bila nak makan baru di gaul rata pewarna tadi.

Thursday, July 14, 2011

Nasi Briani Udang


8 ekor udang besar
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
Gaul sebati kemudian di goreng jangan terlalu masak. ketepikan
1 labu bawang besar ( di mayang )*
3 ulas bawang putih ( di mayang )*
1 " halis 9 di mayang halus )*
1 batang kulit kayu manis*
3 kuntuk bunga lawang*
7 kuntum buinga cengkih*
5 biji buah pelaga*
1 sudu besar planta
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak ( lebihan goreng udang pun bolih )
1 sudu besar rempah briani
6 cawan ricecooker beras ( mama guna beras biasa je )
1 pokok kecil daun sup
1 cawan susu cair
1100 ml air
Beras di basuh dan toskan.
Panaskan periok dan masukkan planta, minyak sapi dan minyak lebihan goreng udang.
Bila dah cair masukkan bahan2 bertanda * dan tumis sehingga wangi dan sedikit garing.
Masukkan rempah briani dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan air dan susu cair serta beras dan daun sup, masak seperti nasi biasa sampai kering airnya.
Setelah itu gali nasi tadi dan masukkan udang yang telah di goreng tadi.
Tutup semula udang2 tadi dengan nasi.
Biarkan sehingga nasi masak.

Friday, July 1, 2011

Rempah Perap BBQ

Bagi memerap ayam, daging, pelanduk, udang, sotong dan sebagainya
( mama perap empat ekor pelanduk )

9 biji bawang besar ( sederhana besar )
1 labu bawang putih
150 mgm halia
12 batang serai
2 cawan air
1 cawan cili boh
1/2 cawan kicap manis ( cap kipas udang )
1/2 cawan sos black paper ( jenama life )
1/2 cawan sos bbq ( jenama life )
3 sudu besar gula
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar garam halus

Semua bahan2 di atas di kisar sehingga halus dan lumurkan kepada bahan2 yang hendak di bakar.
Perap sekurang2nya 1 jam, lagi lama lagi sedap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails