Followers

Tuesday, January 28, 2014

AYAM PANGGANG SERAI BERMADU MAMAJAY

1 ekor ayam
3 biji bawang  bawang besar ( sederhana besar )*
5 biji bawang kecil*
5 ulas bawang putih*
1 kiub ayam knorr*
2 " halia*
2" kunyit hidup*
5 batang serai*
1 sudu besar gula
2 sudu besar madu
3 sudu besar kicap manis ( cap kipas udang )
2 sudu besar rempah ( 3 paket ketumbar + 1 paket jintan putih + 1 paket jintan manis - sangai dan kisar..ambil secukup kegunaan sahaja )
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk lada putih
10 batang serai tambahan ( di titik )

Bersihkan ayam. Potong ikut suka atau di biarkan seekor.
Mama potong kecil2.

Bahan2 bertanda * di kisar halus. Satukan kesemua bahan2 dan salut pada ayam.
Perapa ayam beberapa jam. Mama perap semalaman, masukkan kedalam peti sejuk bahagian bawah. 
Susun 5 batang serai di dasar pemanggang..susun ayam dan letak lagi baki serai tadi.
Mula2 mama bakar separuh masak di dalam pemanggang ajaib. 
Pastu tukar ke pemanggang di atas dapur arang.
Bakar sehingga masak.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails