Followers

Thursday, November 7, 2013

SAMBAL CILIPADI TELUR ITIK MAMAJAY

BY mamajay
Cilipadi ikut kepedasan sendiri*
1/2 cawan ikan bilis*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih ( kurangkan jika tak suka )*
1 sudu besar rata asam jawa + 1 cawan air
2 biji telur itik ( itu aje yang ada )
1/4 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
1/4 kiub ayam knorr
2 sudu besar minyak masak

Tumbuk sehingga lumat bahan2 bertanda.
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan2 yang telah di tumbuk tadi.
Sehingga wangi. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan kiub ayam.
Kacau sehingga sehingga mendidih. Rasa dulu.
Pecahkan telur kedalam mangkuk kecil, baru tuang kedalam kuah tersebut.
Berhati2 supaya bahagian kuning tidak pecah.
Pelahankan api, tutup kuali sehingga telur masak.
Jangan sampai telur kuningnya terlalu masak..nanti ianya akan keras.
Tutup api, sedia untuk di hidangkan.

KEK TATURA CHEESE MAMAJAY

By: myresipi: mamajay

1 buku butter ( mama guna farmcow )
1/2 cawan tatura cheese
1 1/4 cawan gula caster
1/2 cawan susu segar
5 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis

1 sudu besar ovallate
1 sudu kecil esen rose
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder

Ayak tepung bersama baking powder sebanyak 3 kali.
Supaya tepung itu jadi halus dan ringan.
Satukan gula caster + butter + tatura cheese kemudian pukul sehingga sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil di pukul rata.
Dengan menggunakan spitula kaup adunan di tepi mangkuk masuk ke tengah mangkuk.
Masukkan susu pekat manis dan esen rose. Pukul lagi sehingga sebati. 
Dengan kelajuan mixer paling pelahan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Tak perlu di pukul rata, sekadar menghabiskan tepung saja.
Tutup mixer dan baki tepung yang belum sebati di gaul rata menggunakan senduk kayu.
Alas loyang berukuran 8" dengan baking paper. Tuang adunan.
Panaskan oven pada suhu 160'C.
Masukkan air panas ke dalam loyang berukuran 28 cm dengan air panas.
Masukkan loyang berisi adunan kedalam loyang air panas.
Berhati2 masukkan loyang tersebut ke dalam oven.
Bakar selama 1 jam 15 minit. Lima minit terakhir guna api atas bawah.
Sejukkan sebentar ( 5 minit ) keluarkan kek dari loyang dan sejukkan.

SAMBAL TELUR HANCUR MAMAJAY


Kegemaran anak bujang mama..


3 biji telur
3 sudu besar bawang kisar ( ada campuran bawang besar, putih dan halia )*

1 sudu besar cili boh ( ikut kepedasan sendiri )*
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air
1/4 cawan minyak masak
1 sudu besar udang kering ( rendam dan tumbuk lumat )
1/4 kiub ayam knorr
1/4 sudu kecil garam 
2  sudu besar gula

Panaskan minyak dan tumis bahan2 bertanda * sehingga wangi dan keluar minyak.
Masukkan kesemua bahan2 kecuali telur. 
Kacau sehingga sebati dan mesra.
Pecahkan sebiji2..biarkan sedikit mengeras baru di kacau rata.
Tutup api dan hidangkan.

PUDING ROTI BUTTERSCOTH GARDENIA MAMAJAY

( Rujukkan dan ubah suai dari resipi Cik Mat Gebu - terima kaseh Cik Mat di atas resipi yang sedap ini )


BAHAN UNTUK PUDING

1 buku roti butterscoth gardenia ( potong 3 segi )
2 cawan susu segar ( susu cair pun boleh )*
2 biji telur*
2 sudu besar gula caster*
1 sudu kecil esen vanila*
50 gm mentega ( cair dan sejukkan )*
sedikit mentega ( potong dadu )
2 genggam kismis hitam
2 genggam badam hiris

SOS KASTAD

2 susu segar ( susu cair pun boleh )
1/2 cawan air
2 sudu besar gula caster
1 1/2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanila

UNTUK MEMBUAT PUDING

Satukan bahan bertanda * dan kacau rata dengan pemukul telur ( whisk ). Ketepikan.
Lenser loyang berukuran 26 cm dengan mentega.
Susun roti memenuhi loyang. Tabur 1 genggam kismis dan 1 genggam badam hiris.
Letak sedikit mentega dadu.
Tuang separuh dari adunan susu segar tadi menutupi permukaan roti.
Susun lagi sebahagian roti sehingga habis menutupi bahagian roti yang pertama tadi.
Tabur lagi baki kismis dan badam hiris sehingga habis.
Letak sedikit lagi mentega dadu.
Tuang lagi baki adunan susu segar sehingga habis meresapi permukaan roti.
Bakar pada suhu 180' C selama 30 minit. Bila sudah masak, sejukkan.


UNTUK SOS KASTAD

Satukan semua bahan2 untuk membuat sos kastad.
Kacau dengan pemukul telur ( whisk ) sehingga sebati.
Masak dengan api sederhana sehingga kepekatan yang di kehendaki.
Tidak terlalu pekat dan tidak pula terlalu cair.
Sejukkan.

Saturday, September 7, 2013

Daging Kisar Sos Lada Hitam Mamajay

200 gm dading kisar ( cuci dan tos dalam tapisan )
1 biji bawang besar ( di potong dadu )
3 ulas bawang putih ( di tumbuk kasar )
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar kicap manis cap kipas udang
1/2 cawan air1/4 cawan minyak masak

Panaskan minyak dan goreng daging kisar selama 2 - 3 minit.

Masukkan kedua2 jenis bawang dan masak sehingga bawang agak layu.
Masukkan kesemua bahan2 dan kacau sehingga agak kering.
Tutup api dan siap untuk di hidangkan bersama nasi atau roti.

Saturday, August 24, 2013

AYAM GOLEK MAMAJAY

1 ekor ayam ( bersihkan )

BAHAN PERAPAN

9 biji bawang merah ( kecil )
7 ulas bawang putih
2" halia
2" kunyit hidup
2 sudu besar rempah
( buat simpanan dan ambil secukup untuk kegunaan: 3 paket ketumbar + 1 paket jintan manis + 1 paket jintan putih di sangai kemudian di kisar halus )
1/2 sudu besar serbuk ada hitam ( lada biji dan kisar halus )
1 sudu besar cili boh
3 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil garam
1 kiub ayam knorr
1 sudu besar butter
1 sudu besar minyak bijan


Gaul semua bahan2 perapan sehingga sebati.
Letakkan ayam di atas aluminium foil secukup untuk membalut ayam tersebut.
Kemudian lumur bahan perapan ke seluruh bahagian ayam.
Bakinya masukkan kedalam bahagian dalaman  ayam tersebut.
Bungkus ayam tersebut dan perap selama sekurang2nya 4 jam.
Mama perap dari pukul 12 tengahari sehingga jam 5 petang.
Panaskam kukusan terlebih dahulu.
Kukus ayam tersebut selama 20 minit.
Sementara itu panaskan  oven.
Kemudian bakar selama 45 minit.
Di sebabkam ayam tersebut melebihi berat yang di syorkan untuk oven tersebut maka ayam tersebut tidak dapat berpusing di dalam oven.
Mama bakar secara biasa saja.


BISKUT MAKMUR MAMAJAY

INTI KACANG

1 cawan planta
1/2 mentega kacang

1 cawan gula kaster
6 cawan kacang tanah ( siap di sangai dan di kisar halus )

Pukul planta dan mentega kacang dan gula sehingga sebati.
Masukkan kacang dan di gaul sehingga sebati.
Adunannya lembut dan ketepikan

ADUNAN BISKUT

1 cawan planta
1 1/2 cawan minyak sapi
1/2 cawan gula aising
1 biji kuning telur
7 cawan tepung gandum ( kalau lembik boleh tambah lagi )
gula aising secukupnya untuk di salut pada biskut


Pukul planta, minyak sapi, gula dan kuning telur sehingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang boleh di gentel.
Ambil sedikit adunan, masukkan sedikit inti dan tutup inti. Gentel bulat atau bujur.
Bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga masak.

SUP EKOR MAMAJAY

1/2 kilo ekor lembu ( beli dah siap di potong )
1 paket rempah sup adabi ( campur 1 cawan air )
3 ulas bawang kecil ( mayang )*
3 ulas bawang putih ( mayang )*
2" halia ( mayang )*
1 batang kulit kayu manis*
3 kuntum bunga lawang*
5 biji buah pelaga*
7 kuntum bunga cengkih*
3 batang serai ( di titik )*
1 kuib ayam knorr
1 1/2 sudu kecil garam
sedikit ajinomoto  ( jika suka )
3 sudu kecil serbuk lada hitam ( ikut kepedasan sendiri )
1/4 cawan minyak masak ( untuk menumis )

Mama rebus ekor tu dengan 4 cawan air di dalam  periok bertekanan tinggi sehingga empok.
Dalam periok biasa panaskan minyak, tumis bahan2 bertanda * sehingga wangi.
Masukkan rempah sup yang telah di bancuh tadi, masak sehingga pecah minyak.
Masukkan ekor yang di rebus tadi dengan airnya sekali.Masukkan kesemua bahan2.
Masak sehingga mendidih.

Wednesday, May 15, 2013

JELI KELAPA MAMAJAY

6 biji buah kelapa muda
Ambil airnya dan isinya di sagat halus
Jadikan 16 cawan air + air biasa.
1 paket agar2 tali ( 30 gm )
2  cawan gula ( boleh ditambah jika suka manis )

Masak air bersama agar2 sehingga larut.
Masukkan gula, masak lagi sehingga gula larut.
Akhir sekali masukkan isi kelapa muda.
Kacau sebentar dan tutup api.
Masukkan kedalam acuan yang sesuai.



JELI KELAPA SERBUK

3 biji kelapa muda
ambil airnya dan tambah air biasa jadikan 3000 ml air.
isinya di sagat halus
1 cawan gula
1 paket serbuk jeli kelapa ( 225 gm )

Masakka air + air kelapa sehingga mendidih.
Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
Masukkan pula serbuk jeli kelapa.
Masak lagi sehingga mendidih dan masukkan isi kelapa.
Kacau sebentar dan sejukkan. Masukkan dalam acuan yang sesuai.
( bagi mama jeli yang menggunakan agar2 tali lagi enak rasanya )

Thursday, May 9, 2013

CUCUR JAWA MAMAJAY

( mamajay: sumber myresipi.com )

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
secubit garam

Masak kedua2 jenis gula dengan dua cawan air sehingga larut.
Sejukkan..kemudian masukkan kesemua bahan2 dan kacau sampai berbuih2.
Perap semalaman. Buat malam dan masak pagi besok.
Panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya ( lebih kurang 1/2 senduk kecik )
Masukkan adunan satu senduk kecil.
Biarkan sehingga bahagian tepi nya berbunga2 dan bahagian tengahnya naik cantik.
Biarkan ianya masak.

Tak perlu terbalikkan.
Penggunaan api sederhana kecil.

SAMBAL TUMIS UDANG KERING MAMAJAY

( Ilham Mamajay )

200 gm udang kering ( di rendam sebentar - kisar halus )
3 biji bawaqng besar ( kisar halus )
5 ulas bawang putih ( kisar halus )
2" halia ( kisar halus )
5 batang seri ( di titik )1 cawan minyak masak
5 sudu besar cili kering ( siap di kisar )
1 paket rempah kari daging adabi
1 cawan air
5 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili

Panaskan minyak tumis serai dan bahan2 kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan air dan kesemua bahan2. Masak sehingga pekat.

WAFFLE HOME MADE

( mamajay..sumber: Internet..)

1 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovallate
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar butter cair
secubit garam

Kisar semuanya sehingga sebati..siap untuk di gunakan.

Sunday, March 31, 2013

LEMPENG PISANG GEBU MAMAJAY


2 1/2 cawan pisang siap di lecek
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil soda bicabanate
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil mauripan
secubit garam
1 biji telur

Satukan kesemua bahan2 sehingga sebati.
Perap selama 1/2 jam
.Panaskan kuali non-stick.
Tuang sesenduk adunan dan ratakan.
Setelah separuh masak terbalikkan lempeng tersebut supaya ianya masak sekata.

KEK LOBAK MERAH MAMAJAY

KEK LOBAK MERAH

( SUMBER Myresipi: newbie123 )


2 1/2 cawan parutan karet ( 3 biji besar )
1 1/2 cawan gula caster
2 cawan tepung gandum
1 cawan ( 100 gm ) kacang pecan ( mama kisar )
1 cawan minyak sayur ( mama guna jenama Naturel canola )
4 biji telur
1 sudu kecil soda bicabante
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis ( tak taruk )*
1 sudu kecil serbuk buah pala ( nutmeg )* ( mama kurang minat akan rasanya )
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam

Panaskan oven 185'C - sapu sedikit minyak pada loyang berukuran 9" ( bulat ).
Campurkan tepung, baking, soda, garam dan serbuk kayu manis dan serbuk pala - ayak.
Pukul telur dan gula sehingga sebati. Guna senduk kayu sahaja - tak perlu pukul lama-lama ).
Setelah sebati masukkan minyak dan pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit - kacau sehingga sebati.
Adunan nampak keras sedikit.
Masukkan esen vanila, parutan karet dan kacang pecan - kacau sehingga sebati.
Tuang kedalam acuan dan bakar selama 40 minit - sehingga masak.
Selapas 40 minit, cucuk dengan lidi - jika tak melekat bermakna kek sudah masak.

* Jika tak suka rasa rempah bolih abaikan rempah * tu..mama pun tak minat..hehehe*
Lagi satu - karet tu mama kisar dengan kisar buah..jadi jusnya bolih di minum..hampasnya di buat kek..

Friday, March 29, 2013

Berganti Baru

Saja nak berkongsi..

BINGKA TEPUNG BERAS MAMAJAY

2 1/2 cawan tepung beras ( mama guna cap bunga teratai )
1 1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan tepung hoen-kwee ( mama guna tepung warna hijau )

1 sudu kecil esen vanila
6 cawan santan ( 1 1/2 biji kelapa )

Sapu sedikit minyak pada loyang berukuran 8" x 8" x 3".
Mama alas dengan aluminium foil, sapu sedikit minyak - senang nak keluarkan kuihnya.
Masukkan gula kedalam periok.
Dalam mangkuk lain satukan santan dan kedua2 jenis tepung, kacau rata.
Tapiskan kedalam periok berisi gula tadi.
Masak sambail senantiasa di kacau di atas api sehingga pekat.
Tutup api dan tuang adunan kedalam loyang.
Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak dengan api atas bawah.
Sejukkan sebelum di potong.
Kuih nampak seperti sedikit lembik semasa panas tapi elok semasa sejuk.

BINGKA TEPUNG BERAS GULA MELAKA MAMAJAY

2 1/2 cawan tepung beras ( mama guna cap bunga teratai )
1 cawan gula pasir
150 gm gula melaka ( kalau gula kerek dalam 3 keping - hiris halus )
1/2 cawan tepung hoen-kwee
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
6 cawan santan ( 1 1/2 biji kelapa )

Sapu loyang 8" x 8" x 3" dengan sedikit minyak.
Gula pasir, gula melaka dan 3 cawan santan di masak seketika sehingga gula larut.
Tutup api dan tapis serta sejukkan.
Bancuh kesemua bahan2 dan tapis kedalam periok.
Masak sehingga pekat. Sentiasa di kacau supaya tidak hangus.
Masukkan adunan tadi kedalam loyang.
Bakar pada suhu 180'C dengan api atas bawah selama 1 jam atau sehingga masak.
Sejukkan sebelum di potong.
Kuih nampak sedikit lembik semasa masih panas tapi akan keras elok sesudah di sejukkan.

Thursday, January 17, 2013

Goreng Pisang Tanduk Mamajay


( dari dapur mamajay )

4 biji pisang tanduk
2 1/2 cawan tepung beras
1 cawan air sejuk ( peti ais )
1/2 cawan ais ( dalam 3 ketul kiub )
3/4 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
1 sudu besar air kapur ( sederhana pekat )
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
minyak masak secukupnya untuk mengoreng


Satukan kesemua bahan2 KECUALI pisang tanduk.
Pisang di buang kulit dan di potong bulat menyerong.
Panaskan minyak, celup pisang kedalam tepung dan goreng sehingga masak keperangan.

Sambal tumis Petai Mamajay


3 papan petai ( ambil isinya je )
250 gm udang sederhana besar ( ikut le nak buang kulit ke tak )
1 biji bawang besar ( sederhana besar )*
1  ulas bawang putih*
1/2 ' halia*
5 biji lada kering ( ikut kepedasan sendiri )*
1 sudu kecil sunquick oren
1 sudu besar sos tomato
1/2  sudu kecil garam
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
1/4 cawam minyak masak
3 keping tauhu ( potong 4 dan di goreng sederhana garing )

Tumbuk bahan2 bertanda* sehingga lumat.
Panaskan minyak masak dan tumis bahan2 yang di tumbuk tadi sehingga garing.
Masukkan air, udang dan petai. Masak sebentar sehingga petai lembut.
Masukkan kesemua bahan2, kacau2 sebentar sehingga sedikit pekat.
Tutup api..



Kuih Akok


( dari dapurmamajay )
( resipi dari kawan )

1 kg gula pasir
15 biji telur
1 biji kelapa ( simpan air kelapa tersebut )
1/3 tepung beras ( sepeket tepung beras di bahagi kepada 3 bahagian )
1 sudu kecil esen kuning


Kelapa di campur dengan air kelapa di kisar ( jangan guna air lain )
Pukul telur bersama gula sehingga betul kembang.
Masukkan santan, tepung dan esen. Kacau sebati.
Kemudian di perap semalam.
Jika di bancuh pada pukul 10 malam seeloknya di bakar pada jam 7 pagi esok.
Sapu acuan kuih bakar dengan sedikit minyak.
Dan bakar kuih seperti membuat kuih bakar.

Kuih Lapis Kacang Merah Mamajay


( dari dapurmamajay )

3 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula
7 cawan santan ( dari 1 biji kelapa pun ok )
1/2 cawan inti kacang merah ( mama masukkan 1 tin kacang merah, tos buang airnya )
2 sudu kecil pewarna hijau
2 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu kecil warna merah ( masukkan dalam adunan kacang merah )


Panaskan kukusan terlebih dahulu.
Satu kan kesemua bahan2 kecuali kacang merah.
Asingkan satu bahagian ( untuk satu lapisan )
Adunan ini di campur inti kacang merah dan di kisar.
Bakinya bahagi kepada 2 bahagian
.Satu di warnakan hijau  dan satu lagi warna kuning.
Alas loyang berukuran 28cm dengan plastik dan sapu sedikit minyak.
Letak loyang dalam kukusan, biarkan ianya panas sebentar.
Masukkan satu lapisan warna kuning, kukus selama 5 minit.
Masukkan pula adunan berwarna hijau, kukus lagi.  
Masukkan pula adunan kacangmerah di ikuti adunan warna hijau.
Dan akhir sekali adunan berwarnakuning.
Kukus lagi selama 30 minit.
Buka penutup kukusan, biarkan selama 5 minit.
 Atau sehingga wap di permukaan kuih kering.
Jika masih ada baki wap air, lap dengan tisu. Sejukkan.


kuih lapis kacang merah
senduk yang mama guna untuk menyukat setiap lapisan..satu lapisan 5 senduk

Kuih Keria Mamajay


( dari dapumamajay )

1 kilo keledek oren
1 1/2 kecil garam
4 cawan air
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/4 cawan air
minyak secukupnya untuk mengoreng


Keledek di kupas kulitnya dan di potong kecil2.
Masukkan kedalam periok dan rebus bersama 4 cawan air dan 1 1/2 garam sehingga lembut.
Bila dah empuk. toskan airnya dan terus di lecek halus. Biarkan ia sejuk sebentar.
Gaulkan bersama tepung sehingga sebati. Memang melekat di tangan.
Sapu tepung di tapak tangan dan ambil sedikit adunan, bulat2kan dan buat lubang di tengahnya.
Buat sampai adunan habis.
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Goreng sehingga keperangan. Goreng sampai habis.
Dengan menggunakan kuali yang lain..masak 1/2 cawan air + 1/4 cawan sehingga gulanya pekat.
Masukkan kuih yang telah di goreng tadi. Kacau rata dan tutup api. Kacau lagi sehingga gula mengeras.
( kuih keria ini tak perlu banyak tepung kerana akan menghilangkan rasa keledeknya..)

Kaswi Pandan Wangi Mamajay



( dari dapurmamajay )
( Ilham dari kawan2 di internet tapi mama guna resipi sendiri..)

Daridapurmamajay..

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung honkwee
1/2 cawan tepung beras
1 cawan gula
6 cawan santan ( 1 biji kelapa )
2 sudu makan air kapur ( sederhana cair )
7 helai daun pandan
1 sudu kecil pewarna hijau
1 biji kelapa parut putih
1 1/2 sudu kecil garam

Panaskan kukusan terlebih dahulu.
Kisar kelapa bersama 6 cawan air juga daun pandan sehingga sebati. Tapis.
Satukan kesemua bahan2 sehingga sebati.
Tapiskan kedalam loyang berukuran 28 cm.
Kukus selama 30 - 40 minit..buka penutup kukusan dan biarkan seketika sehingga wap di permukaan kuih kering.
Tutup api..Sejukkan dan potong ikut suka dan di gaul dengan kelapa bercampur garam..

Kuih Puteri Ayu


( dari dapurmamajay )

4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
3 biji telur
1 sudu besar ovalette
1 sudu besar baking powder
1 paket santan serbok + 1 1/2 cawan air
1 sudu besar pewarna hijau

Inti:

sebiji kelapa parut putih
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung ubi

Gaul sehingga sebati

Panaskan air dalam kukusan sehingga mendidih.
Pukul telur + gula + ovalette sehingga betul2 kembang dan berwarna krim.
Masukkan santan berselangseli dengan tepung gandum.
Pukul sehingga sebati.
Sapu acuan dengan sedikit minyak.
Ambil sedikit inti kelapa, tekan2 sampai kemas di dalam acuan.
Tuang satu sudu besar adunan. Kukus selama 5 minit.

Daging Goreng Kering


( dari dapurmamajay )

1/2 kilo daging batang pinang
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kunyit serbok
3 ulas bawang putih*
1 sudu besar rempah ( campuran ketumbar, jintan putih dan jintan manis )
3 ulas bawang kecil*
5 batang serai*
1 " halia*
2 " kunyit hidup*
3 sudu besar kicap lemak manis
1/4 cawanminyak masak

Daging di potong kecil2 seperti membuat satay.
Bahan2 bertanda * di tumbuk sehingga lumat.
Gaulkan daging dengan kesemua bahan2.
Perap sebentar ( lagi lama lagi sedap )
Masukkan daging tadi kedalam kuali.
Goreng tanpa minyak sehingga airnya benar2 kering.
Masukkan minyak masak dan masak lagi sehingga daging betul2 masak..

Kek Biskut Kukus Asam Manis


( dari dapurmamajay )

( Resipi yang lebih dari 10 tahun dulu..punca dari sebuah majalah yang dah lupa namanya dan tiada lagi di pasaran.
Resipi olih Nechik Husin..)

2 cawan biskut tawar lemak yang telah di kisar halus  ( resipi asal guna biskut lutut )
250 gm butter bergaram ( mama guna buttercup )
6 biji telur ( asingkan kuning dan putihnya )
3/4 cawan gula caster
3/4 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
2 paket  besar asam manis  ( 1 paket ada 10 bungkus )

Pukul putih telur sehingga pekat dan tidak jatuh bila di terbalikan bekasnya..
Dalam mangkuk lain pukul gula bersama butter sehingga kembang.
Masukkan kuning telur sebiji2 samabil terus memutar mixer sehingga habis.
Masukkan susu pekat manis dan esen vanila dan pukul sebati.
Masukkan serbuk biskut yang telah di gaul bersama baking powder.
Pukul dengan speed pelahan sehingga sebati.
Masukkan putih telur dan pukul sehingga sebati.
Bahagi adunan kepada dua bahagian.
Satu warnakan merah dan satu lagi warnakan kuning.
Panaskan kukusan terlebih dahulu sehingga airnya mendidih.
Mama alas je loyang 4 segi dengan kertas minyak.
Masukkan sedikit adunan berwarna merah dan ratakan dan susun asam manis ( ikut suka je )
Tutup acuan dengan aluminium foil.
Kukus sehingga masak. Angkat dan isi pula sedikit adunan berwarna kuning dan atur asam manis.
Kukus lagi dan buat seperti di atas sehingga habis adunan.
Akhir sekali kukus selama 1 jam..sejukkan sebelum di potong..



kek biskut kukus asam manis
tak berapa mahir melapis..
1

Kek Belang Mentega


( dari dapurmamajay )


2 buku butter
6 biji telur 
1 1/2 cawan gula caster
3 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovallet
2 sudu besar susu pekat manis


Mula2 ayak tepung gandum bersama baking powder sebanyak 3 kali..
Supaya tepung tu menjadi ringan. ketepikan.
Pukul butter bersama gula caster dan ovalet  sehingga sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul.
Kaup semua sisa adunan di tepi mangkuk, masukkan ketengah mangkuk.
Kemudian masukkan esen vanila dan susu pekat manis.
Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
Pelahankan kelajuan mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus memukul.
Tutup mixer dn dengan menggunakan senduk kayu kaup balik adunan sehingga kesemua tepung sebati.
Masa ni dah bolih panaskan oven sebab mama guna oven dapur gas je..
Kalau oven karen, panaskan selama 5 - 10 minit.
Bahagi adunan kepada dua bahagian.Warnakan mengikut warna pilihan.
Alas loyang berukuran 26 cm dengan kertas minyak ( mama tak sapu mentega pun )
Ambil dua sudu adunan asal kemudian lapiskan dengan adunan berwarna.
Buat berselangseli sehingga adunan habis.
Mama hentakkan sedikit loyang tu ke atas meja supaya adunan jadi mendatar.
Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan.
Bakar selama 1jam 15 minit dengan kepanasan 150' C...

kek belang mentega
1

Cendawan masak Air


( dari dapurmamajay )


1 paket cendawan
4 cawan air
3 ulas bawang kecil*
1 ulas bawang putih*
2 sudu besar ikan bilis ( sederhana besar )*
1/4 kuib ayam knorr ( 1 ketul kuib tu di belah 4 )
1 1/2 sudu kecil garam
2 helai daun kunyit ( di siat2 )
5 tangkai kecil daun selasih

Bahan2 bertanda di kisar ( di tumbuk lagi sedap...mama kisar sebab papa tak suka nampak ikan bilisnya..)
Cendwan dan daun2 di bersihkan dan di siang ikut suka.
Masukkan kesemua bahan2 kedalam periok.
Masak sehingga mendidih...dah siap untuk di hidangkan..
                                          daun kunyit dan daun selasih

Nasi Ayam Ala Mama


( dari dapurmamajay )

Bahan A

1 ekor ayam ( di belah 4 )
2 bungkus rempah sup bunjut ( yang ada sekali dengan rempah tumis )
3500 ml air
Masak air bersama rempah sup bunjut sehingga mendidih.
Masukkan ayam yang telah di bersihkan dan di kelar bahagian isinya supaya mudah masak.
Masak ayam tersebut selama 5 minit je..jangan lebih2
Angkat ayam dan ketepikan.
Air rebusan di bahagi kepada dua..separuh untuk masak nasi dan selebihnya untuk dibuat sup.

Bahan B

2 " halia*
2" kunyit hidup*
2 sudu kecil garam
3 sudu besar madu ( pastikan guna sudu plastik untuk menyukat madu )
5 ulas bawang putih*
1 sudu kecil serbuk kunyit

Tumbuk lumat bahan2 bertanda *.
Masukkan kesemua bahan2 dan di gaul pada ayam yg telah di rebus tadi.
Perap sebentar sementara kita nak menanak nasi pulak..
Bila dah selesai menanak nasi..bolih ayam tersebut di goreng atau di bakar.

Bahan C

5 cawan ricecooker beras ( tadi tu mama campurkan 3 cwn beras biasa + 1 cwn beras wangi + 1 cwn basmathi )
2' halia*
5 ulas bawang putih*
2 sudu besar planta
1/2 cawan minyak masak
3 helai daun pandan
1 1/2 sudu kecil garam

Tumbuk bahan2 bertanda * sehingga lumat.
Masukkan beras yang telah di cuci kedalam rice cooker.
Panaskan kuali. masukkan planta..bila planta dah cair masukkan minyak.
Bila semuanya dah panas masukkan bawang putih dan halia yang di tumbuk tadi.
Masak sehingga berbau wangi dan sedikit garing.Tutup api dan tuang bahan2 tersebut kedalam periok berisi beras tadi.
Gaul rata pada beras tadi, masukkan air rebusan pada paras no 6. Masukkan daun pandan.
Masak nasi seperti biasa. Bila nasi dah kering di gaul rata.Biarkan nasi masak sepenuhnya..



Bahan D

7 biji cili besar ( kalau nak pedas bolih di tambah cili padi )*
3 ulas bawang putih*
1 cawn air*
2 sudu besar cuka
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam

Bahan2 bertanda * di kisar halus.
Masukkan kedalam kuali dan masukkan kesemua bahan2.
Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat. Siap.

Bahan E

Baki air rebusan
3 batang serai ( dititik )
3 ulas bawang putih*
1" halia*
1 kiub ayam knorr
1 1/2 sudu kecil garam
sedikit ajinomoto ( jika suka )
1 sudu kecil serbuk lada sulah ( tak ada stok mama masukkan serbuk lada hitam )

Bahan2 bertanda * di tumbuk lumat.
Masukkan kesemua bahan kedalam air rebusan tadi dan di masak sehingga mendidih.



Ulam2an

Salad, timun dan tomato ( dipotong ikut suka )
kicap cair dan minyak bijan ( jika ada )

Masa nak menghidangkan ayam tu..setelah di potong2, isi dalan pinggan kemudian di renjis2 dengan sedikit kicap masin dan minyak bijan tu..


nasi ayam ala mama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails