Followers

Sunday, February 20, 2011

Apam Labu


( resipi dari blog Madihafotopages..mama ubah mengikut cara tersendiri )

240 gm labu ( di rebus )
3/4 cawan gula
1 biji telur
3/4 cawan santan
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil gula
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air suam

Semua bahan2 ini mama kisar sehingga sebati.

2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder

Satukan kesemua bahan2 dan perap sekejap.
Sambil tu panaskan kukusan.
Sapu acuan dengan sedikit minyak dan masukkan satu sudu besar adunan.
Apabila air kukusan dah mendidih, kukus adunan selama 10 - 15 minit.
Angkat kukusan yang berisi adunan bersama penutupnya sekali kebawah.
Buka penutup kukusan dan sejukkan.

Apam Pisang Coklat


( resipi olih noorana di Myresipi.com..mama ubah suai sikit..)

BAHAN A

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda bicabanate
1 sudu kecil baking powder

BAHAN B

4 biji pisang berangan di lecek ( asal 1 cawan pisang )
1 cawan minyak
1 cawan gula perang ( asal 1 1/2 cawan )
2 biji telur ( di pukul dengan garfu )
1/2 cawan susu segar / 2 sudu besar susu tepung + 1/2 cawan air

Bahan A di ayak.
Gula dan telur di pukul rata kemudian masukkan minyak, gaul rata.
Masukkan pisang dan susu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
Gaul rata dengan senduk kayu.
Sapu acuan dengan minyak dan kukus selama 20 minit.

( mama guna acuan muffin dan dapat dalam 23 biji )

Apam Lenggang

( resipi olih sofinar di Myresipi.com )

1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
7 - 8 sudu besar gula ( mama guna 1/2 cawan je )
1 cawan air
1 cawan santan ( mama guna santan kotak je )
1 biji telur

Satukan kesemua bahan2 kecuali santan dan perap selama 1 jam.
Masukkan santan dan gaul sebati.
Panaskan kuali dan lenser dengan sedikit minyak.
Masukkan satu senduk kecil adunan dan lenggangkan ( seperti buat kuih ketayap )
Tutup kuali sekejap, pastu mama balikkan apam tu supaya cepat masak.
Lipat dua atau gulung pun bolih. Siap.

Acar Mentah

1 biji timun

1 biji karet

1 labu bawang besar

1 biji cili merah

3 sudu besar cili sos

1/2 sudu kecil garam

Timun di buang kulit dan buat garisan memanjang dengan garfu.

Potong nipis-nipis. Karet pun di buang kulit dan di potong memanjang halus-halus.

Bawang besar dan cili merah di mayang.

Masukkan kesemua bahan2 kedalam mangkuk dan masukkan garam dan sos cili.

Gaul sebati.

Masak Lemak Cili Api Remis / etak / kepah

1 kilo remis / etak / kepah

3 cawan santan ( 1 biji kelapa

3 helai daun kunyit ( di siat2 )

3 batang serai ( di titik )

3 keping asam keping ( kalau asam tu jenis yang masam..bolih kurangkan )

1 1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil serbuk kunyit

sedikit ajinomoto ( hujung2 sudu jek )

5 biji cili padi ( papa tak leh makan pedas ) ( di tumbuk lumat )

Satukan kesemua bahan2 kedalam periuk dan renehkan dengan api kecil sehingga mendidih

Tuesday, February 15, 2011

Cucur Kulit Roti

1/2 bahagian kulit roti ( dari 1 buku roti )
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan air
10 ulas bawang merah *
1 biji cili merah *
1 pokok daun sup *
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk pasti sedap knorr
Mayang halis bahan2 bertanda *.
Satukkan kesemua bahan2 kedalam mangkuk.
Gaul sehingga sebati dan goreng seperti membuat jemput2 biasa.
Sedap di cicah dengan sambal tumis atau sos cili.
cucur bawang kulit roti
adunan cucur

Kerisik



Jika ada masakkan yang menggunakan kerisik..mama suka membuat kerisik sendiri kerana ianya lebih sedap dan wangi..

Kelapa parut secukup kegunaan atau lebih ( bolih di simpan ).
Disangai ( goreng tanpa minyak ) sehingga kecoklatan..jangan sampai hangus nanti kerisiknya rasa pahit.
Masa masih panas tu, masukkan kedalam lesung batu dan tumbuk sehingga mengeluarkan minyak.
Sedia untuk di gunakan ataupun di simpan dalam peti sejuk.

Wednesday, February 9, 2011

Opor Daging

1 batang daging batang pinang ( anggaran 2 kg - seeloknya daging kerbau )
2 paket ( 50 gm satu ) kecil rempah opor ( jenama puteri ayu ) bolih di dapati di pasaraya tunas manja
1 biji bawang besar *
5 ulas bawang putih *
2 ' halia *
1' lengkuas ( mama tak taruk )
2 biji kelapa parut ( asingkan 1 1/2 cawan untuk buat kerisik dan ambil 5 cawan santan )
1/2 cawan cili boh
1 sudu besar lada serbuk hitam
1 keping gula kerek ( nisen )
1 sudu besar gula pasir
2 sudu kecil garam
1/2 cawan air asam jawa

BAHAN2 TUMIS

1/2 cawan minyak
5 ulas bawang merah ( di hiris )
5 ulas bawang putih ( di hiris )
5 batang serai ( di titik )
5 kuntum bunga lawang
7 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
Daging di potong 2'x2' di bersihkan dan di rebus dengan sedikit garam ( mama guna presure cooker )
Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis sehingga wangi. Bancuh rempah opor dengan 1 cawan air.
Masukkan rempah serta bahan2 * yang telah di kisar. Masak sehingga pecah minyak.
Masukkan daging ( kalau masak banyak daging tak perlu di rebus kerana air daging tu nanti yang akan melembutkan daging ) apabila air daging dah kering dan daging empok, masukkan santan dan bahan2 perasa.
Kacau sekali sekala sehingga kuah agak pekat.
opor daging

Nasi Briani Mudah

14 cawan ricecooker beras basmati
15 1/2 cawan ricecooker air
1 tin susu cair
2 sudu besar planta
2 sudu besar rempah briani ( kawan beli kat kelantan - sedap )
1/2 cawan minyak
1 biji bawang besar ( di kisar )
2" halia ( di kisar )
7 ulas bawang putih ( di kisar )
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum buah pelaga
7 kuntum bunga cengkih
5 kuntuk bunga lawang
3 sudu kecil garam
1 tin besar kacang peas ( tapis dan toskan airnya )
100 gm kismis
Beras di cuci dan di toskan.
Panaskan periok atas dapor biasa. Rice cooker mama model EC 408 ( tak tau nak cerita besar mana )
Panaskan minyak dan planta kemudian tumiskan rempah tumis dan masukkan bahan2 yang telah di kisar.
Pastu masukkan rempah briani dan kacau sekali sekala sehingga pecah minyak.
Masukkan beras, gaul rata kemudian masukkan air dan susu. Biarkan sehingga nasi separuh masak.
Angkat periok dan masukkan kedalam bekas asal dia ( rice cooker ) biarkan sehingga nasi masak sepenuhnya.
Tabur kacang peas dan kismis. Sedia untuk di hidangkan..
( untuk lebih kurang 15 orang makan )
nasi briani mama
masukkan beras dan di gaul rata
tumis sehingga pecah mnyak

Tuesday, February 8, 2011

Donat Kentang

1 kg tepung gandum
3 biji kentang ( rebus dan lecek halus )
2 sudu besar planta
1 sudu besar lemak sayur
2 sudu besar minyak masak
1 biji telur
1 sudu kecil breadsoftener
2 sudu besar susu pekat manis
1 paket mauripan *
2 sudu kecil gula *
1/2 sudu kecil garam *
2 1/2 cawan air suam
Bancuh mauripan dengan sebahagian dari 2 1/2 cawan air. Biarkan sehingga ibu roti naik.
Satukan tepung, kentang, planta, susu, lemak sayur dan pelembut roti.
Gaul rata seperti serbuk roti.
Masukkan ibu roti dan sebahagian lagi air.
Uli sehingga menjadi doh lembut.
Masukkam minyak dan sedikit tepung.
Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
Bahagi kepada dua bahagian.
Hempas setiap bahagian sebanyak 21 kali.
Biarkan sebentar dan tutup dengan tuala lembab atau surat khabar.
Bila adunan dah naik, tekan2kan sedikit untuk membuang angin.
Alas plastik  di dalam dulang dan tabur sedikit tepung.
Ambil sedikit adunan dan gelek di dua2 tapak tangan sehingga adunan licin dan bentukan lubang.
Isi dalam dulang tadi. Buat sehinggs habis. Panaskam minyak dengan api sederhana.
Masukkan adunan, jangan terlalu penuh kerana susah adunan nak mengembang.
Cepat2 balik2kan supaya masak serata. Bila dan perang, angkat dan sejukkan.
Gaul dengan gula caster.

Monday, February 7, 2011

Kek Coklat Nyaman


  • Bahan A
  • 1 1/2 cwn serbok koko
  • 1/2 cwn gula caster
  • 1 cwn air
  • 50 gm coklat masakan ( jika ada )
  • Bahan B
  • 250 gm butter
  • 2 cwn tepong naik sendiri
  • 6 biji telor
  • 1 1/2 cwn gula caster
  • 1 sudu teh coklat emulco
  • 1/2 sudu kecil soda bicabanate
  • 2 sudu makan susu pekat manis

Cara-cara

  1. Sdc11140
    Bahan A di masak dgn api pelahan sehingga semuanya larut. Sejukan.
  2. Sdc11141
    Pukul mentega dgn gula hingga kembang.
  3. Sdc11142
    Campur telor sebiji-sebiji.
  4. Sdc11143
    Campor bahan A dan susu pekat manis. Pukul lagi.
  5. Sdc11144
    Guna sendok, campur tepong yang telah diayak bersama soda bicabanate. Sedikit demi sehingga habis.
  6. Sdc11145
    Panaskan ketuhar 150'C bakar selama 1 jam 15 minit.


Kek Batik


  • 300 gm biskut marie perisa asli ( dibelah 4 )
  • 300 gm biskut marie perisa kopi ( dibelah 4 )
  • 5 biji telor
  • 1 cawan gula caster ( 150 gm )
  • 1 cawan nestum keluarga ( 100 gm )
  • 1 cawan serbuk milo ( 100 gm )
  • 1 cawam serbuk koko ( 100 gm )
  • 1/2 cawan susu pekat manis ( 4 sudu besar )
  • 1 cawan air ( 150 ml = 200 gm )
  • 1 buku butter ( 250 gm )
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Sdc11964
    Pukul butter + gula caster + susu pekat manis hingga sebati.
  2. Sdc11965
    Masukkan telor sebiji-sebiji sambil di pukul sehingga sebati.
  3. Sdc11966
    Masukkan pula milo, koko, nestum dan air. Kacau sehingga sebati.
  4. Sdc11967
    Setelah itu masukkan adunan kedalam kuali. Hidupkan api, kepanasan sederhana.
  5. Sdc11968
    Adunan mula menjadi cair apabila kuali dah panas. Sentiasa mengacau pelahan-lahan sehingga nampak seperti mahu mendidih.
  6. Sdc11969
    Cepat2 masukkan semua biskut dan gaul sehingga rata. Tutup api.
  7. Sdc11970
    Alas acuan dengan plastik supaya senang waktu nak memotong kek tersebut. Tuang adunan.
  8. Sdc11973
    Ratakan adunan dengan senduk.
  9. Sdc11974
    Tutup permukaan kek dengan plastik kemudian tekan-tekan supaya kek tadi menjadi padat.
  10. Sdc11976
    Dah siap, simpan dalam peti sejuk..






Wednesday, February 2, 2011

Ikan Kerapu Masak Sambal Belacan

Kalau ada baki sambal belacan tu..jangan di buang..masukkan je kedalam masakkan seperti ini..

1 ekor ikan kerapu ( 1/2 kilo )
3 biji lada besar *
3 biji cili apai ( ikut kepedasan sendiri ) *
...1 biji limau kasturi ( jusnya ) *
( kulitnya dihiris halus dan masukkan terus dalam sambal )
2 sudu kecil gula *
1/4 sudu kecil garam sedikit garam *
1 biji tomato *
sedikit belacan ( ikut sendiri )
2 sudu besar bawang kisar
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tomato
1/4 biji timun ( potong dadu )
1 biji tomato ( potong dadu )
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air

Kisar bahan2 bertanda di atas tanpa air sehingga halus.
Ikan yang telah di bersihkan kemudian di bubuh 1/2 sudu kecil garam dan 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
Goreng ikan tersebut jangan terlampau garing.
Panaskan 1/4 cawan minyak dan tumis kesemua bahan2 kecuali ikan, tomato dadu dan timun sehingga pecah minyak. Masukkan air dan masak lagi sehingga pekat.
Masukkan timun dan tomato dadu serta ikan. Kacau balik sebentar dan angkat.

Bingka Kulit Roti

Dok kat tioman ni sebenarnya tak membazir kulit roti ni..ikan2 kat taman laut tu senantiasa menanti..tapi kalau setakat sebuku kulit roti ni wat lekat celah gigi ikan nemo jek..hehehe..

200 gm kulit roti ( kira2 kulit sebuku roti besar dan 2 keping kulit keras tu )
...3/4 cawan gula
3 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar planta / butter
secubit garam

Masukkan kesemua bahan2 kedalam pengisar.
Kisar sehingga halus. Sapu acuan bingka dengan minyak.
Bakar dengan api atas bawah selama 45 minit pada suhu 180' C

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails