Followers

Friday, March 29, 2013

BINGKA TEPUNG BERAS GULA MELAKA MAMAJAY

2 1/2 cawan tepung beras ( mama guna cap bunga teratai )
1 cawan gula pasir
150 gm gula melaka ( kalau gula kerek dalam 3 keping - hiris halus )
1/2 cawan tepung hoen-kwee
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
6 cawan santan ( 1 1/2 biji kelapa )

Sapu loyang 8" x 8" x 3" dengan sedikit minyak.
Gula pasir, gula melaka dan 3 cawan santan di masak seketika sehingga gula larut.
Tutup api dan tapis serta sejukkan.
Bancuh kesemua bahan2 dan tapis kedalam periok.
Masak sehingga pekat. Sentiasa di kacau supaya tidak hangus.
Masukkan adunan tadi kedalam loyang.
Bakar pada suhu 180'C dengan api atas bawah selama 1 jam atau sehingga masak.
Sejukkan sebelum di potong.
Kuih nampak sedikit lembik semasa masih panas tapi akan keras elok sesudah di sejukkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails