Followers

Friday, March 29, 2013

BINGKA TEPUNG BERAS MAMAJAY

2 1/2 cawan tepung beras ( mama guna cap bunga teratai )
1 1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan tepung hoen-kwee ( mama guna tepung warna hijau )

1 sudu kecil esen vanila
6 cawan santan ( 1 1/2 biji kelapa )

Sapu sedikit minyak pada loyang berukuran 8" x 8" x 3".
Mama alas dengan aluminium foil, sapu sedikit minyak - senang nak keluarkan kuihnya.
Masukkan gula kedalam periok.
Dalam mangkuk lain satukan santan dan kedua2 jenis tepung, kacau rata.
Tapiskan kedalam periok berisi gula tadi.
Masak sambail senantiasa di kacau di atas api sehingga pekat.
Tutup api dan tuang adunan kedalam loyang.
Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak dengan api atas bawah.
Sejukkan sebelum di potong.
Kuih nampak seperti sedikit lembik semasa panas tapi elok semasa sejuk.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails