Followers

Sunday, March 31, 2013

KEK LOBAK MERAH MAMAJAY

KEK LOBAK MERAH

( SUMBER Myresipi: newbie123 )


2 1/2 cawan parutan karet ( 3 biji besar )
1 1/2 cawan gula caster
2 cawan tepung gandum
1 cawan ( 100 gm ) kacang pecan ( mama kisar )
1 cawan minyak sayur ( mama guna jenama Naturel canola )
4 biji telur
1 sudu kecil soda bicabante
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis ( tak taruk )*
1 sudu kecil serbuk buah pala ( nutmeg )* ( mama kurang minat akan rasanya )
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam

Panaskan oven 185'C - sapu sedikit minyak pada loyang berukuran 9" ( bulat ).
Campurkan tepung, baking, soda, garam dan serbuk kayu manis dan serbuk pala - ayak.
Pukul telur dan gula sehingga sebati. Guna senduk kayu sahaja - tak perlu pukul lama-lama ).
Setelah sebati masukkan minyak dan pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit - kacau sehingga sebati.
Adunan nampak keras sedikit.
Masukkan esen vanila, parutan karet dan kacang pecan - kacau sehingga sebati.
Tuang kedalam acuan dan bakar selama 40 minit - sehingga masak.
Selapas 40 minit, cucuk dengan lidi - jika tak melekat bermakna kek sudah masak.

* Jika tak suka rasa rempah bolih abaikan rempah * tu..mama pun tak minat..hehehe*
Lagi satu - karet tu mama kisar dengan kisar buah..jadi jusnya bolih di minum..hampasnya di buat kek..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails