Followers

Tuesday, June 28, 2011

Mee Bandung Mama

( untuk seorang makan )

1 mangkuk mee kuning ( di celur )
1 pokok sawi ( di potong kecil2 )
1 kelopak kobis ( " )
3 biji bebola ikan ( potong dua )
1/2 keping kek ikan ( potong ikut suka )
1 sudu besar bawang kisar
1 ulas bawang putih ( di tumbuk )
1/2 sudu besar cili boh ( ikut kepedasan )
1 1/2 sudu besar udang kering
1 1/2 sudu besar kacang tanah kisar
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil knorr pasti sedap ( kiub ayam pun bolih )
2 cawan air
3 sudu besar minyak masak
sedikit isi ayam
sedikit udang hidup / sotong
1 biji telur

Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan bawang kisar dan cili boh. Kacau sampai pecah minyak.
Masukkan udang hidup dan isi ayam, kacau sehingga masak.
Masukkan air, udang kering dan kacang tanah. Biarkan sehingga mendidih.
Masukkan bahan2 perasa ( rasa dulu kuahnya sebelum masukkan garam ) dan sayur serta pecahkan telur.
Biarkan sehingga telur masak dan kuah agak pekat sedikit.
Siap dan tuang kuah keatas mee yang telah di isi kedalam mangkuk.
Hias dengan bawang goreng dan hirisan daun bawang dan daun sup.
mee bandung

Wednesday, June 22, 2011

Kek Pisang Marble


5 biji pisang berangan ( di lecek )
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu kecil esen pisang

2 1/2 cawan tepung gandum *
1 sudu kecil baking powder *
1 sudu kecil soda bicabanate *

1 1/2 cawan planta ( cap pelangi je )
1 1/2 cawan gula caster
5 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar serbok koko

Satukan pisang yang telah di lecek dengan jus limau nipis dan esen pisang.
Ayak bahan2 bertanda * dan ketepikan.
Pukul planta + gula sehingga sebati.
Masukan telur satu persatu sambil di pukul.
Masukkan susu pekat manis dan pukul sebentar.
Masukkan pula pisang dan pukul sebati.
Dengan kelajuan pelahan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Tutup mixer dan gaul sehingga rata tepung tersebut menggunakan senduk kayu.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Satu biarkan plain dan satu lagi masukkan serbuk coklat dan kacau sebati.
Alas loyang 26 cm dengan kertas minyak.
Dengan menggunakan sudu besar, sudukan warna plan dan coklat berselang seli kedalam loyang.
Bakar selama 1 jam 15 minit pada suhu 180' C.

Monday, June 20, 2011

Puding Coklat


( Ilham dari Rich Choc Puding di MYR..)

1 paket agar2 tali ( 30 gm )
5 cawan air ( 1000 ml )
1 cawan gula
1 cawan susu segar ( susu cair pun bolih )*
1/2 cawan serbok koko*
1/2 cawan susu tepung*
2 sudu besar tepung kastad*
2 biji telur*
1 sudu besar planta*

Basuh agar2 sehingga lembut dan toskan.
Masukkan kedalam periok dan rebus bersama 5 cawan air sehingga hancur.
Masukkan gula dan kacau sehingga gula hancur.
Bahan2 bertanda * di kisar dan masukkan kedalam adunan agar2 tadi.
Kacau sehingga sebati dan tutup api.
Tapiskan adunan kedalam jug supaya senang nak tuang kedalam acuan kecil2.
Basahkan acuan ( supaya senang nak keluarkan puding nanti ) dan tuangkan adunan.
Sejukkan.

Wednesday, June 8, 2011

Ikan Liking




By: htt://PersinggahanKu-mamajay.blogspot.com
(Mama kastam Tioman )

( resipi ilham dari Nurfaizza Jamaluddin - Labuan )

4 ekor ikan kembung ( lain2 ikan pun bolih )
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar air asam jawa ( sederhana pekat )
1 sudu kecil gula
Ikan di bersihkan dan di gaul dengan bahan2 tersebut.
( mama belah bahagian belakang dan depan isi ikan supaya rempahnya lebih meresap )

REMPAH

2 sudu besar cili boh
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 ' halia ( mama tambah )
10 batang serai ( hiris halus )
2 sudu besar gula
Kisar semua bahan2 dan di gaul pada ikan tadi.
Perap selama 2 - 3 hari - simpan dalam peti ais bahagian sejuk beku.
Bila nak makan, rehatkan ikan pada suhu bilik dan bolih lah di goreng / bakar.
( mama perap 2 jam saja dan di bakar..sedap )

Sunday, June 5, 2011

Puding Roti Marble


1 paket agar2 tali ( 37.5 gm )
6 cawan air ( 1200 ml )
1 1/2 cawan gula
1 tin susu cair
4 keping roti
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar planta
2 sudu besar serbok coklat
1 sudu besar perwarna kuning
2 biji telur

Agar2 di basuh sehingga lembut. Tapis dan masukkan kedalam periok.
Masak agar2 bersama 6 cawan air sehingga hancur.
Tapis agar tersebut. Masukkan semula kedalam periok, masukkan gula dan masak lagi sehingga gula hancur.
Masukkan roti yang telah di carik2 kedalam pengisar + tepung kastad + telur serta susu cair.
Kisar sehingga halus. Masukkan kedalam adunan agar2 tadi dan masak lagi sehingga agak pekat.
Masukkan pula planta kacau sehingga planta larut.
Bahagi agar2 tersebut kepada dua bahagian.
Satu masukkan pewarna kuning dan satu lagi masukkan serbuk coklat.
Basahkan loyang berukuran 22 cm. Tinggikan sebelah loyang.
Letakkan dua senduk adunan kuning kemudian di ikuti dengan adunan warna coklat.
Buat sehingga habis. Letakkan semula loyang pada keduduka biasa.
Sejukkan di dalam peti sejuk.

Wednesday, June 1, 2011

Sandwich Telur Aiman

Cuti2 sekolah ni apa kata ajak anak bujang kedapur sama..bagi tunjuk ajar bagaimana cara memasak yang simple2 dan juga keselamatan semasa berada di dapur..


Sandwich Telur Aiman Xeeno

2 biji telur*
...1/4 biji tomato ( potong dadu kecil2 )*
1/4 sudu kecil garam*
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam*
3 sudu besar minyak masak
4 keping roti
sedikit planta
sedikit sos cili
sedikit mayonis

Satukan kesemua bahan2 dalam mangkuk dan kocok sehingga sebati.
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Apabila minyak dah panas, masukkan telur.
Masak seperti membuat telur dadar. Balik2kan sehingga masak. Angkat,
Sapu planta pada roti. ambil sekeping roti dan letakkan sebahagian telur dadar tadi.
Oleskan sedikit sos cili dan mayonis dan lapiskan dengan sekeping lagi roti.
Potong dua dan sedia untuk di makan..
See More

Waffle

500 gm tepung naik sendiri

500 ml susu segar

5 biji telur

100 gm gula

1/2 sudu kecil soda bicabanate

1 sudu teh esen vanila secubit garam

butter untuk sapu acuan

Cara pertama menggunakan wisk.

Satukan tepung, soda bicabanate dan garam.

Pukul telur bersama gula sehingga sebati.

Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.

Kacau selama 5 minit sehingga semuanya sebati dan tepung tidak berketul.

Cara kedua:

Satukkan kesemua bahan2 kedalam pengisar ( blender ).

Kisar sehingga sebati.

Panaskan acuan waffle dan sapu sedikit butter dan tuang sedikit adunan.

Masak selama 2 minit. Siap dan sapu dengan jem yang si sukai.

Tak ada acuan..masuk je dalam kuali dan jadilah penkek..( lempeng )

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails