Followers

Showing posts with label bubur. Show all posts
Showing posts with label bubur. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Bubur Pulut Hitam


( dari dapurmamajay )

Pulut hitam ni terdapat dua jenis..satu berwarna hitam berkilat ( sebenarnya kalenya unggu kehitaman tapi kenapa di panggil pulut hitam ek? )
dan yang satu lagi warnanya tak berseri macam beras biasa je..warna unggunya agak pucat..

Beras yang berkilat tu sangat sedap bila di jadikab bubur...susah nak dapat kecuali di sebelah sempadan siam seperti di Kelantan dan Kedah..yang mama masak
ni beras pulut biasa tu..yang mudah di dapati di mana2 kedai runcit..
Dari dapur Mamajay:

1 1/2 cawan beras pulut hitam
5 cawan santan ( dari 1 biji kelapa )
1 1/4 cawan gula pasir
1 keping gula kerek
3 helai daun pandan ( di carik dan di simpul )
segenggam beras pulut biasa ( bertujuan untuk memekatkan kuah )
secubit garam


Basuh beras kemudian di rebus sehingga lembut dengan air yang mencukupi (lupa nak sukat tadi )
Bila dah lembut dan airnya agak kering, masukkan santan, gula, gula kerek dan secubit garam juga daun pandan.
Masak sehingga mendidih..tutup api dan sejukkan.
Juga jika rajin semasa menghidangkan bubur tersebut tuangkan sedikit pati santan di atasnya.
( Mama tak buat pun..)



Thursday, January 6, 2011

Pengat Pisang Nangka


5 biji pisang nangka
4 cawan santan ( dari 1 biji kelapa )
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan sagu biji kecil
3 keping gula kerek ( gherek )
3 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam


Pisang di potong bulat menyerong. Daun pandan di siat2 kemudian di simpul.
Masukkan semua bahan2 kedalam periuk dan masak dengan api pelahan. Kacau sekali sekala sehingga pisang agak lembut. Siap.

Kanji Kedah

1 1/2 cawan beras ( cawan ricecooker )
7 cawan air ( 1400 ml )
1 cawan udang / daging / ayam ( ikut pilihan )
1/2 cawan lobak asin cincang ( siap di jual )
1/2 sudu kecil halba
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 " halia
1 pelepah daun sup
1 pelepah daun bawang
1 kotak santan ( cap ayam )
1 cawan air
( atau 2 cawan santan dari 1/2 biji kelapa )
Bawang goreng untuk hiasan


Beras di rebus dengan 7 cawan air hingga kembang.
Jika anda menggunakan rencah daging, masukkan sekali daging bersama beras yang di rebus.
Apabila beras sudah elok kembang, masukkan kesemua bahan2.
Masak sehingga mendidih. Siap. Sendukkan bubur kedalam mangkuk dan tabur bahan2 hiasan.

Thursday, December 30, 2010

Pengat Labu

1 biji labu sederhan besar ( 1 kg )
5 cawan santan ( 1 biji kelapa )
3 keping gula kerek
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan sagu biji kecil
3 helai daun pandan ( di siat dan di simpul )
1/4 sudu kecil garam


Labu di buang kulit dan di potong ikut suka.
Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan renehkan sehingga labu empuk
dengan api kecil. Kacau sekali sekala. Bila labu dah empuk tutup api.

Serawa Pulut Durian


1/2 kilo beras pulut
2 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam

Beras pulut di rendam selama 1jam..tak rendam pun tak mengapa cuma mengambil masa
lebih sikit untuk masak. Panaskan kukusan.
Masukkan beras kedalam loyang, kukus sehingga masak. Sejukkan.


SERAWA

1 biji isi durian
5 cawan santan ( 1 biji kelapa )
3 keping gula kerek
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan sagu biji

Satukan kesemua bahan2 dan reneh dengan api pelahan sehingga masak.

Bubur Kacang Hijau

1/2 kilo kacang hijau

4 keping gula kerek

1/2 cawan gula pasir ( ikut kesukaan )

1/4 cawan sagu halus

secubit garam

sehelai daun pandan ( di carik dan di simpul )

5 cawan santan ( 1 biji kelapa )

10 cawan air ( 2000 ml )





Kacang hijau di rebus dengan 10 cawan air sehingga empok dan kering airnya.

Masukkan santan dan kesemua bahan2 dan masak sehingga mendidih.

Bubur Caca

250 gm caca
1 1/2 cawan gula pasir ( masuk sikit2 ikut kemanisan sendiri )
secubit garam
5 cawan santan ( 1 biji kelapa )
1 helai daun pandan ( di cari dan di simpul )
2 sudu besar sagu biji kecil


Caca di rebus sehingga lembut. Tapis buang airnya.
Masukkan kesemua bahan2 kedalam periuk dan kacau pelahan-lahan. Masak sehingga mendidih.

Monday, December 27, 2010

Bubur Lambuk


Macam2 cara nak menyediakan bubur lambuk ni..
dan beginilah cara mama menyediakannya..http://persinggahanku-mamajay.blogspot.com

2 cawan rice cooker beras*

10 cawan air*

1 biji bawang besar

5 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

1/2 ' halia

5 ekor ikan kembung ( di bakar )

5 ekor ikan masin belah ( di bakar )

6 cawan santan ( 1 biji kelapa )

1 kuib bilis knorr

3 sudu kecil garam

1 sudu kecil gula

2 sudu kecil serbuk lada hitam

sedikit ajinomoto ( jika suka )

1 ikat pucuk paku merah

3 helai daun kunyit

7 helai daun kadok ( pilihan )

sedikit daun selasih

sedikit daun kesum





Beras di rebus bersama 10 cawan air ( 2000 ml ) sehingga beras hancur.

Daun2 di potong sesuai untuk di masukkan kedalam bubur nanti.

Ikan kembung dan ikan masin yang dah siap di bakar di asingkan isi dan tulangnya.

Kisar tulang ikan2 bersama 3 cawan air kemudian tapis.

Kisar bawang2 dan halia bersama isi2 ikan dengan air ikan tadi.

Masukkan kedalam periok nasi tadi bersama santan.

Masak lagi sehingga mendidih, masukkan daun2 dan semua bahan2 perasa.

Masak lagi sehingga daun2 lembut. Tutup api.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails