Followers

Tuesday, August 23, 2011

Biskut Bunga Cina Lagi



400 gm tepung jagung ( 1 tin tepung jagung cap kupu2 )

250 gm butter

1 cawan tepung gandum

1 cawan susu pekat manis

1 biji kuning telur

1 sudu kecil esen vanila

1 cawan tepung ubi ( masukkan sedikit demi sedikit )

Pukul telur, susu, esen vanila dan butter sehingga sebati.

Masukkan tepung jagung dan uli sebentar.

Masukkan pula tepung gandum dan gaul rata.

Akhir sekali masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat di tangan.

Tak perlu di habiskan tepung ubi jika doh dah tak melekat di tangan.

Terap dengan acuan bunga cina..

Bakar pada suhu 180'C selama 15 minit..sehingga masak.

Biskut Oat


250 gm butter
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 cawan coklat urai ( coklat rice )
1 cawan gula aising
1/2 cawan susu tepung
2 1/2 cawan oat ( di panggang dan di kisar halus )
1/2 sudu kecil baking powder
1 cawan kacang pecan ( di kisar halus - kebetulan ada..rm10..mahal tu..)
sebiji kuning telur untuk hiasan dan manik warna

Pukul butter + gula + esen + telur sehingga sebati.
Masukkan kesemua bahan2 dan uli sehingga menjadi doh yang bolih di terap.
Jika adunana masih melekat di tangan bolih masukkan sedikit tepung gandum lagi..
Terap dan bakar pada suhu 180'C selama 15 - 20 minit..sehingga masak.
Sapu kuning telur dan hias dengan gula2 warna ( colour rice )

Wednesday, August 17, 2011

Kuih Buah Rotan / Redan


Mari sama2 kita buat sebelum raya menjelma..testing..testing..
( sumber resipi dari mesra net plih Fatimah Isa )

500 gm tepung pulut
1 cawan santan ( 1/2 biji kelapa )
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
bijan halus secukupnya
1 sudu besar esen rose

minyak masak secukupnya untuk mengoreng
Pukul sebati santan + telur + gula + esen.
Masukkan tepung kedalam mangkuk besar ( senang untuk menguli ).
Masukkan pula santan yang telah di pukul tadi sedikit demi sedikit.
Sehingga menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit adunan dan gentel kecil2 ( supaya mudah masak ).
Golekkan adunan kedalam bijan.
Panaskan minyak ( sederhana panas ) dan goreng buah rotan tadi sehingga keperangan.

Monday, August 15, 2011

Biskut Kacang Mazola

1 cawan gula aising
1 cawan kacang tanah ( siap di goreng tanpa minyak dan di kisar )
2 cawan tepung gandum
1 biji kuning telur
minyak mazola secukupnya.

satukan kesemua bahan2 dan uli sehing menjadi doh yang bolih di terap atau di buat bulat2.
Sapu kuning telur kemudian letak kacang jika suka.

Saturday, August 13, 2011

Kek Pisang 3


Bahan-bahan ( Loyang 26 cm )

  • 2 1/2 cawan tepong gandum
  • 1 1/4 cawan gula caster ( gula pasir halus )
  • 1 1/4 cawan planta
  • 5 biji pisang berangan
  • 1 sudu kecil esen pisang
  • 1 sudu kecil soda bicabanate
  • 5 biji telor
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 1 susu makan air limau nipis

Cara-cara

  1. Ayak tepong bersama serbuk penaik dan ketepikan.
  2. Pukul planta bersama gula sehingga sebati kemudian masukkan telor satu persatu. Pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat manis. Gaul sehingga sebati. Masukkan pula pisang yang telah dilecek berserta esen pisang dan air limau nipis. Pukul pelahan-lahan sehingga rata.
  4. Dengan mengunakan senduk kayu, gaul rata tepong yang telah di ayak bersama serbuk penaik tadi, sedikit demi sedikit sehingga habis.
  5. Panaskan oven pada suhu 180' C
  6. Masukkan adunan kedalam acuan berukuran 26 cm, bakar kek selama 1 jam atau sehingga masak.

Kek Pisang 2

7 biji pisang emas ( di lecek )
3 cawan tepung gandum
1 cawan minyak mazola
1 sudu kecil esen pisang
2 sudu kecil soda bicabanate
4 biji telur
1 1/2 cawan gula caster


Ayak tepung bersama soda bicabanate.
Pukul gula + telur sehingga kembang. Masukkan esen pisang dan pisang yang telah di lecek.
Kacau sehingga rata kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Akhir sekali masukkan minyak dan gaul pelahan2 sehingga sebati.
Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam 15 minit.
( Jika di kukus jadi apam pisang yang lembut dan enak. )

Sunday, August 7, 2011

Biskut Swiss Ring

  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan gula aising
  • 250 gm butter
  • 2 biji kuning telor
  • kuning telor untuk di sapu diatas biskut
  • Badam hiris untuk hiasan

Cara-cara

  1. Pukul butter dengan gula aising serta kuning telor sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung kastad dan tepung naik sendiri, uli sehingga menjadi doh.
  3. Canai dan terap dengan acuan bentuk ring ( cincin ). Sapu kuning telor diatas biskut dan hias dengan badam hiris.
  4. Bakar pada suhu 180'C sehingga masak.













Biskut Seri Payung

  • 250 gm mentega
  • 80 gm gula caster ( mama suka guna gula aising )
  • 70 gm tepung naik sendiri
  • 70 gm tepung jagung
  • 200 gm tepung gandum
  • 100 gm cornflake ( dikisar halus )
  • 1 biji kuning telor
  • secukupnya manik warna-warni
  • kuning telor untuk hiasan

Cara-cara

  1. Pukul mentega, gula dan kuning telor sehingga sebati.
  2. Masukkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
  3. Canai dan terap dengan acuan berbentuk payung. Sapu kuning telor dan tabur manik warna-warni..
  4. Bakar selama 20 minit dengan suhu 170' C


Tat Apple Hijau

Bahan-bahan ( Anggaran 100 biji )

  • 250 gm butter
  • 1 cawan gula aising
  • 2 biji kuning telor
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Jem nenas / kismis untuk di buat inti
  • Kuning telor untuk di sapu diatas biskut
  • Bunga cengkeh secukupnya untuk di buat tangkai
  • Sedikit pewarna hijau

Cara-cara

  1. Pukul butter dengan gula aising berserta kuning telor sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder serta pewarna hijau.
  3. Uli sehingga menjadi doh. Ambil sedikit adunan, leperkan dan isi inti jem / kismis bulat2kan. Sapu kuning telor di atas biskut dan letak bunga cengkeh sebagai tangkai.
  4. Bakar pada suhu 180'C sehingga masak.






Wednesday, August 3, 2011

Kek Coffee Princess

Bahan-bahan ( Loyang 10 x 10 in )

  • Bahan A
  • 20 biji telor (sejukkan dlm peti sejuk )
  • ( 16 biji ambil bahagian kuning sahaja dan 4 biji ambil putih sahaja )
  • 250 gm gula caster
  • 1 oz air sejuk dr peti sejuk ( 5 sudu besar )
  • 125 gm tepong gandum
  • 1 sudu makan ovallete
  • 1 sudu teh baking powder
  • Bahan B
  • 250 gm mentega
  • 4 sudu makan susu pekat manis
  • 2 sudu makan coffee oil
  • Sedikit pewarna merah

Cara-cara

  1. Pukul bahan A hingga pekat dan sebati. Ketepikan.
  2. Satukan bahan B, kacau rata sehingga sebati.
  3. Satukan kedua2 adunan A dan B. gaul sehingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  5. Satu warna asal dan satu lagi warna merah.
  6. Bakar selapis dua sendok warna asal. Bila masak, tekan sedikit kek itu kemudian sendokan warna merah.
  7. Bakar lagi dengan menggunakan api bahagian atas.
  8. Bila dah masak tekan lagi kek tadi. Buat seperti tadi berselangseli warnanya sehingga habis. Buat seperti kek lapis biasa..

















Biskut Rinta


Bahan-bahan ( hampir 100 biji )

250 gm mentega

1 cawan gula halus

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras

1 cawan tepung ubi

1 cawan kelapa ( yang dalam tin tu - di sangai )

1 cawan kelapa panggang ( jika ada- terdapat di kedai menjual barang2 kuih )

1 biji kuning telor

1/4 sudu kecil baking powder

Cara-cara

Kelapa kering biasa di sangai.

Pukul mentega bersama gula hingga sebati.

Masukkan kuning telor.

Masukkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.

Canai dan terap mengikut acuan yang di sukai.

Bakar pada suhu oven 180' C selama 15 - 20 minit sehingga masak.

Bahagian bawah biskut dah nampak kecoklatan muda..maka bolih lah di keluarkan dari oven biskut tu..

NOTA: Ini lah rupanya kelapa panggangSdc12656

Biskut Marmar Caries


( PersinggahanKu Mamajay )

Bahan-bahan ( Lebih kurang 160 biji )

  • 400 gm / 4 cawan tepung gandum
  • 300 gm mentega ( 250 gm + 50 gm )
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 100 gm  / 1 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanila

  • KRIM

  • 2 biji putih telor
  • 150 gm / 1 1/2 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil membumbung tepung jagung
  • Sedikit serbuk coklat / coklat emulco / warna pilihan

Cara-cara 

ADUNAN BISKUT 

Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanila sehingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tak melekat di tangan.

Canai setebal 1/2 cm dan terap dengan acuan berbentuk 'love'.. Sdc12570
 

Sapu krim putih dengan jari dengan cara enjut jari pada krim, sapu sampai rata. Semasa mengenjut, jari tidak menyentuh permukaan biskut.
 

Lorek permukaan krim tadi dengan krim coklat menggunakan lidi sate/ pencungkil gigi. Lorek mengikut kreativi sendiri.

 Sdc12576
Bakar pada suhu 180'C selama 15 - 20 minit - sehingga masak. Siap.

ADUNAN KRIM : 

Masukkan semua bahan kedalam mangkuk kecil, agak2 senang untuk di pukul dengan mixer..
  1. Sdc12568
    Pukul sehingga pekat dan berkilat. Angkat pemukul, jika adunan yang melekat pada mixer tu tak meleleh turun dengan lajunya , maka elok lah tu..lebih kurang 3 - 4 minit dengan cara putar pelahan dulu, pastu speed laju dan pelahan semula. Berulang2 sehingga adunan itu terasa semakin pekat...pukul terlalu lama pun tak bolih juga..adunan yang terlalu keras menyebabkan krim tadi akan longkah/ terasing dari biskut..jadi agak2 lah semasa memukul.
  2. Sdc12583
    Asingkan krim tadi anggaran 2 sudu makan ke dalam sebiji mangkuk kecil. Kemudian masukkan pes coklat atau sedikit serbuk coklat atau apa2 warna yang di sukai..untuk di lorek di atas krim putih yang telah di sapu di atas biskut.


















Semperit Dulu-Dulu


Bahan-bahan ( Anggaran 100 biji )

  • 1 tin tepung jagung cap kupu-kupu
  • 1/2 tin tepung gandum ( gi goreng/ sangai ) ( guna tin tepung jagung )
  • 1/2 tin gula aising
  • 1 tin kecil planta ( 250 gm )
  • 4 biji kuning telor

Cara-cara

  1. Tepung gandum di sangai kemudian sejukkan dan di ayak. Campurkan kedua2 tepung, tepung gandum dan tepung jagung.
  2. Pukul planta bersama gula aising sehingga sebati.
  3. Masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tak melekat di jari.
  5. Canai dan terap mengikut kreativiti sendiri.
  6. Bakar pada suhu 180'C selama 15 - 20 minit - sehingga masak...


Semperit Lagi


Bahan-bahan ( Anggaran 100 biji )

  • 250 gm butter
  • 1 cawan gula aising
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 biji kuning telur

Cara-cara

  1. Pukul butter bersama gula aising serta kuning telor sehingga sebati.
  2. Masukkan kesemua tepung, uli sehingga menjadi doh yang lembut dan senang untuk di tekan dengan acuan semperit.
  3. Bakar pada suhu 180'C sehingga masak.


Biskut Jakarta / Tat kelapa




Bahan-bahan ( Anggaran 85 biji )

  • 4 1/2 oz majerin / 250 gm butter
  • 3 1/2 oz gula aising / 1 cawan
  • 1 biji kuning telor
  • 5 oz tepung ubi / 1 1/2 cawan
  • 10 oz tepung gandum / 3 1/2 cawan
  • 2 oz lemak sayur / spry / 1 sudu besar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • INTI
  • 1 biji putih telor
  • 1 tin kelapa kering
  • 3 oz gula halus / 1 cawan
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 cawan kismis hitam / biasa ( mama guna buah2an campuran )
  • ceri merah untuk hiasan ( mama guna green / red nib )
  • Paper cup secukupnya
  • Acuan patty tin

Cara-cara

  1. Pukul butter bersama gula aising sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor, spry dan esen vanila dan pukul lagi sehingga rata.
  2. Masukkan tepung ubi dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di jari.
  3. Sdc12558
    Canai dan terap dengan acuan bunga lima kelopak.
  4. Sdc12611
    Susun paper cup dalam patty tin dan letak adunan yang telah di terap tadi.

  5. Sdc12562
    Masukkan inti.
  6. Sdc12563
    Keluarkan dari patty tin dan susun kedalam loyang.
  7. Bakar pada suhu 180'C sehingga masak. Bab ni mama tengok bahagian bawah dia dah perang baru mama keluarkan dari oven.
ADUNAN INTI :
 

Kelapa warnakan mengikut warna paper cup.
Pukul putih telor bersama gula aising sehingga sebati.

Masukkan semua bahan dan di gaul sehingga rata.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails