Followers

Wednesday, August 3, 2011

Biskut Marmar Caries


( PersinggahanKu Mamajay )

Bahan-bahan ( Lebih kurang 160 biji )

  • 400 gm / 4 cawan tepung gandum
  • 300 gm mentega ( 250 gm + 50 gm )
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 100 gm  / 1 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanila

  • KRIM

  • 2 biji putih telor
  • 150 gm / 1 1/2 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil membumbung tepung jagung
  • Sedikit serbuk coklat / coklat emulco / warna pilihan

Cara-cara 

ADUNAN BISKUT 

Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanila sehingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tak melekat di tangan.

Canai setebal 1/2 cm dan terap dengan acuan berbentuk 'love'.. Sdc12570
 

Sapu krim putih dengan jari dengan cara enjut jari pada krim, sapu sampai rata. Semasa mengenjut, jari tidak menyentuh permukaan biskut.
 

Lorek permukaan krim tadi dengan krim coklat menggunakan lidi sate/ pencungkil gigi. Lorek mengikut kreativi sendiri.

 Sdc12576
Bakar pada suhu 180'C selama 15 - 20 minit - sehingga masak. Siap.

ADUNAN KRIM : 

Masukkan semua bahan kedalam mangkuk kecil, agak2 senang untuk di pukul dengan mixer..
  1. Sdc12568
    Pukul sehingga pekat dan berkilat. Angkat pemukul, jika adunan yang melekat pada mixer tu tak meleleh turun dengan lajunya , maka elok lah tu..lebih kurang 3 - 4 minit dengan cara putar pelahan dulu, pastu speed laju dan pelahan semula. Berulang2 sehingga adunan itu terasa semakin pekat...pukul terlalu lama pun tak bolih juga..adunan yang terlalu keras menyebabkan krim tadi akan longkah/ terasing dari biskut..jadi agak2 lah semasa memukul.
  2. Sdc12583
    Asingkan krim tadi anggaran 2 sudu makan ke dalam sebiji mangkuk kecil. Kemudian masukkan pes coklat atau sedikit serbuk coklat atau apa2 warna yang di sukai..untuk di lorek di atas krim putih yang telah di sapu di atas biskut.


















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails