Followers

Thursday, January 17, 2013

Goreng Pisang Tanduk Mamajay


( dari dapur mamajay )

4 biji pisang tanduk
2 1/2 cawan tepung beras
1 cawan air sejuk ( peti ais )
1/2 cawan ais ( dalam 3 ketul kiub )
3/4 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
1 sudu besar air kapur ( sederhana pekat )
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
minyak masak secukupnya untuk mengoreng


Satukan kesemua bahan2 KECUALI pisang tanduk.
Pisang di buang kulit dan di potong bulat menyerong.
Panaskan minyak, celup pisang kedalam tepung dan goreng sehingga masak keperangan.

Sambal tumis Petai Mamajay


3 papan petai ( ambil isinya je )
250 gm udang sederhana besar ( ikut le nak buang kulit ke tak )
1 biji bawang besar ( sederhana besar )*
1  ulas bawang putih*
1/2 ' halia*
5 biji lada kering ( ikut kepedasan sendiri )*
1 sudu kecil sunquick oren
1 sudu besar sos tomato
1/2  sudu kecil garam
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
1/4 cawam minyak masak
3 keping tauhu ( potong 4 dan di goreng sederhana garing )

Tumbuk bahan2 bertanda* sehingga lumat.
Panaskan minyak masak dan tumis bahan2 yang di tumbuk tadi sehingga garing.
Masukkan air, udang dan petai. Masak sebentar sehingga petai lembut.
Masukkan kesemua bahan2, kacau2 sebentar sehingga sedikit pekat.
Tutup api..



Kuih Akok


( dari dapurmamajay )
( resipi dari kawan )

1 kg gula pasir
15 biji telur
1 biji kelapa ( simpan air kelapa tersebut )
1/3 tepung beras ( sepeket tepung beras di bahagi kepada 3 bahagian )
1 sudu kecil esen kuning


Kelapa di campur dengan air kelapa di kisar ( jangan guna air lain )
Pukul telur bersama gula sehingga betul kembang.
Masukkan santan, tepung dan esen. Kacau sebati.
Kemudian di perap semalam.
Jika di bancuh pada pukul 10 malam seeloknya di bakar pada jam 7 pagi esok.
Sapu acuan kuih bakar dengan sedikit minyak.
Dan bakar kuih seperti membuat kuih bakar.

Kuih Lapis Kacang Merah Mamajay


( dari dapurmamajay )

3 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula
7 cawan santan ( dari 1 biji kelapa pun ok )
1/2 cawan inti kacang merah ( mama masukkan 1 tin kacang merah, tos buang airnya )
2 sudu kecil pewarna hijau
2 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu kecil warna merah ( masukkan dalam adunan kacang merah )


Panaskan kukusan terlebih dahulu.
Satu kan kesemua bahan2 kecuali kacang merah.
Asingkan satu bahagian ( untuk satu lapisan )
Adunan ini di campur inti kacang merah dan di kisar.
Bakinya bahagi kepada 2 bahagian
.Satu di warnakan hijau  dan satu lagi warna kuning.
Alas loyang berukuran 28cm dengan plastik dan sapu sedikit minyak.
Letak loyang dalam kukusan, biarkan ianya panas sebentar.
Masukkan satu lapisan warna kuning, kukus selama 5 minit.
Masukkan pula adunan berwarna hijau, kukus lagi.  
Masukkan pula adunan kacangmerah di ikuti adunan warna hijau.
Dan akhir sekali adunan berwarnakuning.
Kukus lagi selama 30 minit.
Buka penutup kukusan, biarkan selama 5 minit.
 Atau sehingga wap di permukaan kuih kering.
Jika masih ada baki wap air, lap dengan tisu. Sejukkan.


kuih lapis kacang merah
senduk yang mama guna untuk menyukat setiap lapisan..satu lapisan 5 senduk

Kuih Keria Mamajay


( dari dapumamajay )

1 kilo keledek oren
1 1/2 kecil garam
4 cawan air
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/4 cawan air
minyak secukupnya untuk mengoreng


Keledek di kupas kulitnya dan di potong kecil2.
Masukkan kedalam periok dan rebus bersama 4 cawan air dan 1 1/2 garam sehingga lembut.
Bila dah empuk. toskan airnya dan terus di lecek halus. Biarkan ia sejuk sebentar.
Gaulkan bersama tepung sehingga sebati. Memang melekat di tangan.
Sapu tepung di tapak tangan dan ambil sedikit adunan, bulat2kan dan buat lubang di tengahnya.
Buat sampai adunan habis.
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Goreng sehingga keperangan. Goreng sampai habis.
Dengan menggunakan kuali yang lain..masak 1/2 cawan air + 1/4 cawan sehingga gulanya pekat.
Masukkan kuih yang telah di goreng tadi. Kacau rata dan tutup api. Kacau lagi sehingga gula mengeras.
( kuih keria ini tak perlu banyak tepung kerana akan menghilangkan rasa keledeknya..)

Kaswi Pandan Wangi Mamajay



( dari dapurmamajay )
( Ilham dari kawan2 di internet tapi mama guna resipi sendiri..)

Daridapurmamajay..

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung honkwee
1/2 cawan tepung beras
1 cawan gula
6 cawan santan ( 1 biji kelapa )
2 sudu makan air kapur ( sederhana cair )
7 helai daun pandan
1 sudu kecil pewarna hijau
1 biji kelapa parut putih
1 1/2 sudu kecil garam

Panaskan kukusan terlebih dahulu.
Kisar kelapa bersama 6 cawan air juga daun pandan sehingga sebati. Tapis.
Satukan kesemua bahan2 sehingga sebati.
Tapiskan kedalam loyang berukuran 28 cm.
Kukus selama 30 - 40 minit..buka penutup kukusan dan biarkan seketika sehingga wap di permukaan kuih kering.
Tutup api..Sejukkan dan potong ikut suka dan di gaul dengan kelapa bercampur garam..

Kuih Puteri Ayu


( dari dapurmamajay )

4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
3 biji telur
1 sudu besar ovalette
1 sudu besar baking powder
1 paket santan serbok + 1 1/2 cawan air
1 sudu besar pewarna hijau

Inti:

sebiji kelapa parut putih
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung ubi

Gaul sehingga sebati

Panaskan air dalam kukusan sehingga mendidih.
Pukul telur + gula + ovalette sehingga betul2 kembang dan berwarna krim.
Masukkan santan berselangseli dengan tepung gandum.
Pukul sehingga sebati.
Sapu acuan dengan sedikit minyak.
Ambil sedikit inti kelapa, tekan2 sampai kemas di dalam acuan.
Tuang satu sudu besar adunan. Kukus selama 5 minit.

Daging Goreng Kering


( dari dapurmamajay )

1/2 kilo daging batang pinang
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kunyit serbok
3 ulas bawang putih*
1 sudu besar rempah ( campuran ketumbar, jintan putih dan jintan manis )
3 ulas bawang kecil*
5 batang serai*
1 " halia*
2 " kunyit hidup*
3 sudu besar kicap lemak manis
1/4 cawanminyak masak

Daging di potong kecil2 seperti membuat satay.
Bahan2 bertanda * di tumbuk sehingga lumat.
Gaulkan daging dengan kesemua bahan2.
Perap sebentar ( lagi lama lagi sedap )
Masukkan daging tadi kedalam kuali.
Goreng tanpa minyak sehingga airnya benar2 kering.
Masukkan minyak masak dan masak lagi sehingga daging betul2 masak..

Kek Biskut Kukus Asam Manis


( dari dapurmamajay )

( Resipi yang lebih dari 10 tahun dulu..punca dari sebuah majalah yang dah lupa namanya dan tiada lagi di pasaran.
Resipi olih Nechik Husin..)

2 cawan biskut tawar lemak yang telah di kisar halus  ( resipi asal guna biskut lutut )
250 gm butter bergaram ( mama guna buttercup )
6 biji telur ( asingkan kuning dan putihnya )
3/4 cawan gula caster
3/4 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
2 paket  besar asam manis  ( 1 paket ada 10 bungkus )

Pukul putih telur sehingga pekat dan tidak jatuh bila di terbalikan bekasnya..
Dalam mangkuk lain pukul gula bersama butter sehingga kembang.
Masukkan kuning telur sebiji2 samabil terus memutar mixer sehingga habis.
Masukkan susu pekat manis dan esen vanila dan pukul sebati.
Masukkan serbuk biskut yang telah di gaul bersama baking powder.
Pukul dengan speed pelahan sehingga sebati.
Masukkan putih telur dan pukul sehingga sebati.
Bahagi adunan kepada dua bahagian.
Satu warnakan merah dan satu lagi warnakan kuning.
Panaskan kukusan terlebih dahulu sehingga airnya mendidih.
Mama alas je loyang 4 segi dengan kertas minyak.
Masukkan sedikit adunan berwarna merah dan ratakan dan susun asam manis ( ikut suka je )
Tutup acuan dengan aluminium foil.
Kukus sehingga masak. Angkat dan isi pula sedikit adunan berwarna kuning dan atur asam manis.
Kukus lagi dan buat seperti di atas sehingga habis adunan.
Akhir sekali kukus selama 1 jam..sejukkan sebelum di potong..



kek biskut kukus asam manis
tak berapa mahir melapis..
1

Kek Belang Mentega


( dari dapurmamajay )


2 buku butter
6 biji telur 
1 1/2 cawan gula caster
3 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovallet
2 sudu besar susu pekat manis


Mula2 ayak tepung gandum bersama baking powder sebanyak 3 kali..
Supaya tepung tu menjadi ringan. ketepikan.
Pukul butter bersama gula caster dan ovalet  sehingga sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul.
Kaup semua sisa adunan di tepi mangkuk, masukkan ketengah mangkuk.
Kemudian masukkan esen vanila dan susu pekat manis.
Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
Pelahankan kelajuan mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus memukul.
Tutup mixer dn dengan menggunakan senduk kayu kaup balik adunan sehingga kesemua tepung sebati.
Masa ni dah bolih panaskan oven sebab mama guna oven dapur gas je..
Kalau oven karen, panaskan selama 5 - 10 minit.
Bahagi adunan kepada dua bahagian.Warnakan mengikut warna pilihan.
Alas loyang berukuran 26 cm dengan kertas minyak ( mama tak sapu mentega pun )
Ambil dua sudu adunan asal kemudian lapiskan dengan adunan berwarna.
Buat berselangseli sehingga adunan habis.
Mama hentakkan sedikit loyang tu ke atas meja supaya adunan jadi mendatar.
Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan.
Bakar selama 1jam 15 minit dengan kepanasan 150' C...

kek belang mentega
1

Cendawan masak Air


( dari dapurmamajay )


1 paket cendawan
4 cawan air
3 ulas bawang kecil*
1 ulas bawang putih*
2 sudu besar ikan bilis ( sederhana besar )*
1/4 kuib ayam knorr ( 1 ketul kuib tu di belah 4 )
1 1/2 sudu kecil garam
2 helai daun kunyit ( di siat2 )
5 tangkai kecil daun selasih

Bahan2 bertanda di kisar ( di tumbuk lagi sedap...mama kisar sebab papa tak suka nampak ikan bilisnya..)
Cendwan dan daun2 di bersihkan dan di siang ikut suka.
Masukkan kesemua bahan2 kedalam periok.
Masak sehingga mendidih...dah siap untuk di hidangkan..
                                          daun kunyit dan daun selasih

Nasi Ayam Ala Mama


( dari dapurmamajay )

Bahan A

1 ekor ayam ( di belah 4 )
2 bungkus rempah sup bunjut ( yang ada sekali dengan rempah tumis )
3500 ml air
Masak air bersama rempah sup bunjut sehingga mendidih.
Masukkan ayam yang telah di bersihkan dan di kelar bahagian isinya supaya mudah masak.
Masak ayam tersebut selama 5 minit je..jangan lebih2
Angkat ayam dan ketepikan.
Air rebusan di bahagi kepada dua..separuh untuk masak nasi dan selebihnya untuk dibuat sup.

Bahan B

2 " halia*
2" kunyit hidup*
2 sudu kecil garam
3 sudu besar madu ( pastikan guna sudu plastik untuk menyukat madu )
5 ulas bawang putih*
1 sudu kecil serbuk kunyit

Tumbuk lumat bahan2 bertanda *.
Masukkan kesemua bahan2 dan di gaul pada ayam yg telah di rebus tadi.
Perap sebentar sementara kita nak menanak nasi pulak..
Bila dah selesai menanak nasi..bolih ayam tersebut di goreng atau di bakar.

Bahan C

5 cawan ricecooker beras ( tadi tu mama campurkan 3 cwn beras biasa + 1 cwn beras wangi + 1 cwn basmathi )
2' halia*
5 ulas bawang putih*
2 sudu besar planta
1/2 cawan minyak masak
3 helai daun pandan
1 1/2 sudu kecil garam

Tumbuk bahan2 bertanda * sehingga lumat.
Masukkan beras yang telah di cuci kedalam rice cooker.
Panaskan kuali. masukkan planta..bila planta dah cair masukkan minyak.
Bila semuanya dah panas masukkan bawang putih dan halia yang di tumbuk tadi.
Masak sehingga berbau wangi dan sedikit garing.Tutup api dan tuang bahan2 tersebut kedalam periok berisi beras tadi.
Gaul rata pada beras tadi, masukkan air rebusan pada paras no 6. Masukkan daun pandan.
Masak nasi seperti biasa. Bila nasi dah kering di gaul rata.Biarkan nasi masak sepenuhnya..



Bahan D

7 biji cili besar ( kalau nak pedas bolih di tambah cili padi )*
3 ulas bawang putih*
1 cawn air*
2 sudu besar cuka
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam

Bahan2 bertanda * di kisar halus.
Masukkan kedalam kuali dan masukkan kesemua bahan2.
Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat. Siap.

Bahan E

Baki air rebusan
3 batang serai ( dititik )
3 ulas bawang putih*
1" halia*
1 kiub ayam knorr
1 1/2 sudu kecil garam
sedikit ajinomoto ( jika suka )
1 sudu kecil serbuk lada sulah ( tak ada stok mama masukkan serbuk lada hitam )

Bahan2 bertanda * di tumbuk lumat.
Masukkan kesemua bahan kedalam air rebusan tadi dan di masak sehingga mendidih.



Ulam2an

Salad, timun dan tomato ( dipotong ikut suka )
kicap cair dan minyak bijan ( jika ada )

Masa nak menghidangkan ayam tu..setelah di potong2, isi dalan pinggan kemudian di renjis2 dengan sedikit kicap masin dan minyak bijan tu..


nasi ayam ala mama

Kek Lumut ll


( dari dapurmamajay )

Resipi : DayangJack@Dapurku Sayang
Resipi Cubaan : myResepi : mamaJay..terima kasih Dayang..

Bahan2 :

10 biji telur gred A
2 buku ( 450 gm ) mentega berkualiti tinggi ( Golden Churn, Anchor, SCS...mama guna SCS )
3/4 cawan gula halus ( kastor )
2 cawan nestum ( di kisar halus )
1 cawan serbuk badam
1 cawan horlicks
1 cawan tepung hongkong / gandum
2 sudu kecil esen vanila
1 botol perisa pandan ( mama guna star brand 25 ml )
1 botol pewarna hijau ( mama guna star brand 25 ml )
1 cawan susu pekat manis
Loyang berukuran empatsegi  8" x 8 " atau 26 cm bulat

Cara2 :

Sediakan kukusan dan didihkan air, 3/4 paras kukusan ( kukusan mama bersaiz 34 in ).
Gris loyang dengan mentega dan taburkan dengan  sedikit tepung.
Alas loyang dengan kertas minyak.
Dengan kelajuan maksima pukul mentega, gula halus dan esen vanila sehingga kembang dan berkrim.
Dengan kelajuan pelahan masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis sambail terus memukul.
Masukkan susu pekat manis dan pes pandan dan pewarna hijau pukul lagi sehingga sebati.
Dengan kelajuan pelahan masukkan tepung sedikit demi sedikit berselangseli dengan serbuk badam, horlick dan nestum.
( mama satukan kesemua sekali )
Tutup mixer dan gaul dengan senduk kayu mana2 tepung yang belum sebati.
Tuang adunan kedalam loyang dan tutup dengan aluminium foil.
Sapu terlebih aluminium foil dengan sedikit mentega supaya bahagian permukaan kek tidak  melekat padanya.
Kukus selama 4 jam ( tambah air panas jika air tidak mencukupi ).
Setelah masak sejukkan dahulu sebelum di potong..
Kek Lumut II

Sayur Tumis Baby Sawi Putih


( dari dapurmamajay )

1/2 kilo baby sawi putih
1 cawan air
1/4 kuib ayam knorr
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil tepung jagung + 1/4 cawan air
2 sudu besar ikan bilis*
1 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar minyak masak

Tumbuk bahan2 bertanda * sehingga lumat. Baby sawi di basuh bersih dan di lerai kelopaknya satu persatu.
 Panaskan minyak kemudian tumis bahan2 yang telah di tumbuk tadi.
Masukkan air, garam dan kiub ayam knorr biarkan mendidih sebentar.
Masukkan baby sawi biarkan ia layu sedikit.
Masukkan sos tiran dan tepung jagung.
Kacau2 sebentar dan tutup api..angkat.
(  dalam gambar ni mama campurkan dengan sekumtum brokoli.. )
Siap untuk di hidangkan..

Durian Crepe


( dari dapurmamajay )

Ubah suai sikit je..mana yang patut bagi menyenangkan proses membuatnya..
Terima kasih tuan punya resipi..Spicejourney..


Bahan-Bahan

3 sudu besar tepung hongkong
3 susu besar tepung naik sendiri ( mama guna bluekey )
2 sudu besar tepung ubi ( tak taruk pun )
2 sudu besar tepung pulut ( mama tambah sendiri )
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
2 sudu besar tepung superfine ( mama gantikan dengan tepung gandum )
2 sudu besar gula aising
2 biji telur ( buang tali pusatnya )
1 cawan susu cair / segar
1 sudu kecil garam
3 sudu besar mentega ( di cairkan )
2 cawan air
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil pewarna kuning

300 gm non dairy whipping cream - pukul sehingga kental
Isi durian secukupnya - di lecek halus


Satukan kesemua bahan2 dan kacau sebati dengan menggunakan pemukul telur ( whisker )
Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. Keluarkan dan kacau rata.
Panaskan non-stick menggunakan api paling pelahan.
Masukkan sesenduk kecil adunan dan dadarkan sehingga bahagian atasnya masak.
Tak perlu di tebalikkan.Ulangi sehingga habis dan sejukkan.
Ambil sekeping crepe taditerbalikkan bahagian licin di sebelah bawah. 
Isi 1 sudu besar cream kemudian di ikuti dengan satu sudu besar isi durian kemudian satu sudu besar cream.
Lipat kiri kanan kemudian bahagian atas dan bawah..lipat kasi cantik2 gitu.
Isi dalam papercup yang besar dan masukkan kedalam bekas yang bersesuaian,,
Sejukkan dalam peti sejuk sebelum di makan..

Durian Crepe

adunan dadar
senduk yang mama gunakan
dadarkan

guna pisau plastik lorek keliling
senang je keluarkan dadar
dapat lebih kurang 22 keping
pukul krim sehingga kental

isi 1 sudu besar krim, 1 sudu besar isi durian dan 1 sudu besar krim..berlapis
lipat kiri kanan


lipat pula di bahagian atas dan bawah..siap

Bubur Pulut Hitam


( dari dapurmamajay )

Pulut hitam ni terdapat dua jenis..satu berwarna hitam berkilat ( sebenarnya kalenya unggu kehitaman tapi kenapa di panggil pulut hitam ek? )
dan yang satu lagi warnanya tak berseri macam beras biasa je..warna unggunya agak pucat..

Beras yang berkilat tu sangat sedap bila di jadikab bubur...susah nak dapat kecuali di sebelah sempadan siam seperti di Kelantan dan Kedah..yang mama masak
ni beras pulut biasa tu..yang mudah di dapati di mana2 kedai runcit..
Dari dapur Mamajay:

1 1/2 cawan beras pulut hitam
5 cawan santan ( dari 1 biji kelapa )
1 1/4 cawan gula pasir
1 keping gula kerek
3 helai daun pandan ( di carik dan di simpul )
segenggam beras pulut biasa ( bertujuan untuk memekatkan kuah )
secubit garam


Basuh beras kemudian di rebus sehingga lembut dengan air yang mencukupi (lupa nak sukat tadi )
Bila dah lembut dan airnya agak kering, masukkan santan, gula, gula kerek dan secubit garam juga daun pandan.
Masak sehingga mendidih..tutup api dan sejukkan.
Juga jika rajin semasa menghidangkan bubur tersebut tuangkan sedikit pati santan di atasnya.
( Mama tak buat pun..)



Sambal Rampai


( dari dapur mamajay )

Sambal yang anda semua dah biasa buat kan? Tak apalah saje je nak kongsi2 resipinya..

1 cawan kacang tanah

1 cawan ikan bilis  ( dah siap di belah )

1 biji kentang ( potong memanjang )

1 cawan air

1 sudu besar cili boh

1 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

1 cawan minyak masak

2 keping tempe ( potong ikut suka anda 
)
5 sudu besar bawang  ( siap dikisar bersama bawang putih dan halia )

3 sudu kecil gula

1/2 sudu kecil garam

Panaskan kuali dan tuang satu cawan minyak. 

Dengan menggunakan minyak yang sama..

Goreng tempe sehingga keperangan..angkat

Goreng pula kentang sehingga lembut..angkat

Goreng pula kacang tanah..sehingga keperangan dan masak..angkat

Goreng pula ikan bilis sehingga garing..angkat

Baki minyak tadi tumis bawang kisar serta cili boh sehingga pecah minyak.

Masukkan kesemua sos dan bahan2 lain kecuali kentang, bilis, kacang tanah dan tempe.

Masak sehingga pekat. Masukkan kesemua bahan2 yang telah di goreng tadi.

Kacau sehingga sebati dan agak kering sedikit..tutup api dean siap untuk di hidangkan..

Sedap jugak di ratah begitu saje..





Pulut Pagi


( dari dapurmamajay )

3 cawan beras pulut
3 cawan air
1/2 biji kelapa parut putih
1/2 sudu kecil garam
Ikan kering secukupnya


Panaskan kukusan. Kukus beras pulut yang telah di cuci sehingga masak.
Angkat dan sejukkan sebentar.
Bentukkan pulut tadi dan di gaul dengan kelapa.
Siap untuk di makan bersama ikan masin..

Apam Pisang Bersusu

( dari dapurmamajay )


3 cawan pisang ( siap di lecek )
2 1/2 cawan tpg gandum
2 sk soda bicabanate
3/4 cawan gula ( bolih di kurangkan )
1 cawan susu cair / santan / air
Secubit garam

Sapu sedikit minyak pada acuan berukuran 9 1/2" x 9 1/2" x 3 
Satukan kesemua bahan2 dan tuang ke dalam loyang. 
Tutup dengan aluminium foil.
Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
Angkat kukusan dengan penutupnya sekali ke bawah.
Baru buka penutupnya.

Kuih Talam Keladi


( Sumber http://yatiememories.blogspot.com/2011/07/talam-keladi-2.html )
cuma mama tukar cara menyukatnya guna cawan )

Bahan Lapisan Bawah
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung hoenkwee ( asal 3 sb tpg ubi )
1 1/2 sk garam ( mama guna sudu kfc )
1/2 cawan gula ( asal 6 sb gula halus )
5 cawan santan ( 1 biji kelapa ) ( asal 300 ml santan + 700 ml air )

( dari dapurmamajay )

2 cawan keladi di potong dadu siap di kukus
( asal 300 gm keladi - di cuci dengan air garam supaya tidak hitam - potong kiub dan di kukus selama 5 minit -
kukus dulu baru di timbang )

Panaskan kukusan terlebih dahulu.
Loyang berukuran 10" x 10" x 3" ( mama guna loyang bulat 28 cm )
Alas loyang dengan plastik dan di sapu dengan sedikit minyak.
Satukan kesemua bahan2 kecuali keladi sehingga sebati.
Tapis kedalam periok. Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi.
Kacau sebentar dan tuang kedalam loyang.
Kukus selama 25 minit.

Bahan Lapisan Atas

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula ( asal 250 gm gula halus )
3 biji telur
4 cawan santan ( 1 biji kelapa ) ( asal 250 ml santan + 500 ml air )
1 sk perasa ungu
2 sk pewarna ungu

Satukan kesemua bahan2 dan tapis kedalam periok.
Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah tadi.
Kukus selama 30 minit lagi.
Lap penutup kukusan setiap 5 minit sekali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails