Followers

Tuesday, June 29, 2010

NASI GORENG CINA


1 cawan ricecooker beras wangi
7 cawan ricecooker beras biasa
air paras no 10 dalam ricecooker

Masak nasi seperti biasa.


Bahan-bahan:
  • 5 ulas bawang putih
  • 2" halia
  • 2 cawan sayur campur
  • 2 kiub pati ayam knorr
  • 3 sudu kecil garam1/4 sudu kecil ajinomoto ( jika suka )
  • 1 cawan minyak
Cara-cara:
  1. Nasi di lerai2kan biar tidak berketul.
  2. Panaskan minyak tumis bawang putih dan halia yang telah di tumbuk.
  3. Masukkan kiub ayam dan sayur campur.
  4. Kacau hingga sebati dan masukkan garam, aji dan nasi.
  5. Gaul sehingga sebati. Masak lagi selama 5 - 10 minit..
  6. Siap

TUMIS SARDIN ALA TOMYAM

Bahan-bahan:

  • 1 tin besar sardin ( mama guna sardin jenama giant )
  • 1/2 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 batang serai ( di titik )
  • 3 biji kentang ( di belah 4 )
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar air limau nipis
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 1/2 tin sardin air
  • 1 1/2 sudu kecil garam ( ikut rasa sendiri )
  • Sedikit ajinomoto ( jika suka )

Cara-cara:

  1. Mayang bawang besar/ putih dan halia.
  2. Panaskan minyak kemudian tumis serai dan bahan yang telah di hiris.
  3. Masukkan sardin dengan sosnya sekali kemudian masukkan kentang dan air.
  4. Masukkan semua bahan2 perasa. Reneh dengan api kecil sehingga kentang empuk.

TEPUNG GORENG IKAN/PISANG

Ikan yang disalut dengan tepung

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan air sejuk dari peti sejuk
  • 1 sudu besar air kapur makan
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam ( abaikan jika guna pisang / keledek / sukun )
  • sedikit ajinomoto ( jika suka )
  • 10 ekor ikan kembung / selayang
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali ikan dalam sebuah mangkuk sederhana besar.
  2. Kacau sehingga sebati. Panaskan minyak.
  3. Celup ikan kedalam adunan tadi dan mula menggoreng sehingga masak.
  4. Sedap di makan dengan sos cili / tomato.

KUIH LAPIS COKLAT


( Ilham dari kak fida di Myresipi..ubah suai sikit ya kak..)


Bahan-bahan :

  • 3 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung hoenkwe
  • 1 1/2 cawan gula
  • 8 1/2 cawan santan ( nak sedap 2 biji kelapa )
  • 2 sudu besar serbuk coklat
  • 1 sudu kecil pewarna kuning

Cara-cara:

  1. Satukan kedua-dua tepung, gula dan santan. Kacau sehingga sebati.
  2. Tapis dan bahagi kepada dua bahagian.
  3. Satu + perwarna kuning dan satu lagi + serbuk coklat.
  4. Panaskan kukusan. Alas loyang dengan plastik, potong ikut bentuk loyang.
  5. Sapu sedikit minyak diatas plastik tersebut.
  6. Masukkan loyang di dalam kukusan. Panaskan sebentar.
  7. Masukkan satu sukatan untuk lapisan warna coklat dan kukus selama 5 minit.
  8. Dan di ikuti dengan sukatan bagi lapisan berwarna kuning.
  9. Buat begitu sehingga habis semua adunan tersebut.
  10. Kukus lagi selama 30 minit.
  11. Buka penutup kukusan dan biarkan selama 5 minit.
  12. Jika masih terdapat wap di permukaan kuih, bolih le di lap dengan kertas tisu.
  13. Tutup api dan sejukkan..

BANGKIT KELAPA

250 planta
1 1/2 cawan kelapa kering ( dalam tin )
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula aising
3 biji kuning telur
3 helai daun limau purut ( pilihan )


1. Jika ingin masukkan daun limau purut...hiris halus daun tersebut seperti nak buat bunga rampai.

2. Pukul planta + gula sehingga sebati.

3 Masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.

4. Masukkan kelapa, tepung gandum dan daun limau ( jika suka ).

5. Uli sehingga menjadi doh yang bolih di canai.

6. Canai dan terap mengikut acuan yang di sukai..

7. Bakar pada suhu 180'C selama 15 - 20 minit sehingga masak.

Thursday, June 24, 2010

ASAM PEDAS MAMA




1 ekor ikan keraci - berat 1 kilo ( apa ikan pun bolih )
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 " halia
3 biji lada besar
3 biji lada kecil
1/2 sudu besar cili boh ( ikut kepedasan masing2 )
1 biji tomato
1 kuib pati ayam knorr
1/2 sudu besar gula pasir
3 1/2 sudu kecil garam ( sudu KFC )
6 cawan air
sedikit ajinomoto
Rm 1 daun kesum
3 sudu kecil serbuk lada hitam ( lada hitam biji di blend )
5 keping asam keping ( ikut tahap kemasaman di kehendaki )
1/2 cawan minyak masak
2 batang bunga kantan ( di belah dua )

Blend bwg besar, bwg putih, halia. kedua2 lada dan tomato dengan satu cawan air. Panaskan minyak, tumis bahan2 yang di blend tadi sehingga garing dan pecah minyak dan berbau harum. Masukkan baki air 5 cawan tadi dam masukkan semua bahan. Bila dah mendidih tutup api..siap untuk di hidangkan..

TALAM UBI KAYU MAMAJAY

Pantang ada ubi kayu..mesti nak buat kuih ni..dan peminat2nya dah sedia menanti..dah siap pesan awal2..mama kalau buat kuih talam ubi jangan lupa hantar kat saya..


talam ubi kayu

BAHAGIAN BAWAH
  • 4 cawan ubi kayu ( siap di parut dan di perah buang airnya..anggaran 2 kg  ubi kayu)
  • 1 1/2 cawan air gula merah
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan santan cair ( kemancar )


BAHAGIAN ATAS
  • 4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 1/2 cawan tepung gandum

    ATAU

    4 cawan santan pekat
    2 sudu kecil garam
    1 cawan tepung beras
    1/2 cawan tepung gandum

Cara-cara :


  1. Panaskan kukusan.
  2. Satukan bahan2 untuk bahagian bawah.
  3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
  4. Sementara itu satukan pula bahan2 untuk bahagian atas.
  5. Apabila adunan bahagian bawah sudah masak, tekan2 biar padat.
  6. Tapis adunan bahagian atas ke atas adunan bahagian bawah.
  7. Kukus lagi selama 30 minit.
  8. Buka penutup kukusan. Biarkan sebentar supaya wap yang ada pada kuih akan hilang.
  9. Bolih juga di lap dengan tisu.
  10. Sejukkan..
  11. Anda boleh membuat pilihan untuk adunan bahagian ATAS...sama ada menggunakan tepung beras dan tepung gandum sahaja..kedua2nya sama sedap.

KUIH LAPIS TEPUNG GANDUM


kuih lapis


Bahan-Bahan :

  • 3 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan gula
  • 7 cawan santan ( 1 biji kelapa )

Cara-cara :

  1. Panaskan kukusan.
  2. Bancuh kesemua bahan - bahan sehingga sebati.
  3. Tapis dan bahagi kepada dua bahagian.
  4. Satu warna asal dan satu lagi warna merah.
  5. Loyang 28 cm. Alas loyang dengan plastik dan sapu sedikit minyak.
  6. Panaskan loyang sebentar.
  7. Masukkan 5 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  8. Masukkan pula 5 senduk adunan putih.
  9. Dan kukus lah berselang seli adunan tersebut sehingga habis.
  10. Akhir sekali kukus kuih selama 1/2 jam.
  11. Buka penutup kukusan dan biarkan sebentar sehingga wap yang melekat di permukaan kuih akan kering.
  12. Tutup api dan sejukkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails