kuih lapis
Bahan-Bahan :
- 3 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 1/2 cawan gula
- 7 cawan santan ( 1 biji kelapa )
Cara-cara :
- Panaskan kukusan.
- Bancuh kesemua bahan - bahan sehingga sebati.
- Tapis dan bahagi kepada dua bahagian.
- Satu warna asal dan satu lagi warna merah.
- Loyang 28 cm. Alas loyang dengan plastik dan sapu sedikit minyak.
- Panaskan loyang sebentar.
- Masukkan 5 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
- Masukkan pula 5 senduk adunan putih.
- Dan kukus lah berselang seli adunan tersebut sehingga habis.
- Akhir sekali kukus kuih selama 1/2 jam.
- Buka penutup kukusan dan biarkan sebentar sehingga wap yang melekat di permukaan kuih akan kering.
- Tutup api dan sejukkan
No comments:
Post a Comment