( Ilham dari kak fida di Myresipi..ubah suai sikit ya kak..)
Bahan-bahan :
- 3 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung hoenkwe
- 1 1/2 cawan gula
- 8 1/2 cawan santan ( nak sedap 2 biji kelapa )
- 2 sudu besar serbuk coklat
- 1 sudu kecil pewarna kuning
Cara-cara:
- Satukan kedua-dua tepung, gula dan santan. Kacau sehingga sebati.
- Tapis dan bahagi kepada dua bahagian.
- Satu + perwarna kuning dan satu lagi + serbuk coklat.
- Panaskan kukusan. Alas loyang dengan plastik, potong ikut bentuk loyang.
- Sapu sedikit minyak diatas plastik tersebut.
- Masukkan loyang di dalam kukusan. Panaskan sebentar.
- Masukkan satu sukatan untuk lapisan warna coklat dan kukus selama 5 minit.
- Dan di ikuti dengan sukatan bagi lapisan berwarna kuning.
- Buat begitu sehingga habis semua adunan tersebut.
- Kukus lagi selama 30 minit.
- Buka penutup kukusan dan biarkan selama 5 minit.
- Jika masih terdapat wap di permukaan kuih, bolih le di lap dengan kertas tisu.
- Tutup api dan sejukkan..
Salam ziarah dan kenal kak,
ReplyDeletemenarik blog akak ni, saya minta izin follow ya.