Followers

Wednesday, June 1, 2011

Sandwich Telur Aiman

Cuti2 sekolah ni apa kata ajak anak bujang kedapur sama..bagi tunjuk ajar bagaimana cara memasak yang simple2 dan juga keselamatan semasa berada di dapur..


Sandwich Telur Aiman Xeeno

2 biji telur*
...1/4 biji tomato ( potong dadu kecil2 )*
1/4 sudu kecil garam*
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam*
3 sudu besar minyak masak
4 keping roti
sedikit planta
sedikit sos cili
sedikit mayonis

Satukan kesemua bahan2 dalam mangkuk dan kocok sehingga sebati.
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Apabila minyak dah panas, masukkan telur.
Masak seperti membuat telur dadar. Balik2kan sehingga masak. Angkat,
Sapu planta pada roti. ambil sekeping roti dan letakkan sebahagian telur dadar tadi.
Oleskan sedikit sos cili dan mayonis dan lapiskan dengan sekeping lagi roti.
Potong dua dan sedia untuk di makan..
See More

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails