Followers

Tuesday, February 8, 2011

Donat Kentang

1 kg tepung gandum
3 biji kentang ( rebus dan lecek halus )
2 sudu besar planta
1 sudu besar lemak sayur
2 sudu besar minyak masak
1 biji telur
1 sudu kecil breadsoftener
2 sudu besar susu pekat manis
1 paket mauripan *
2 sudu kecil gula *
1/2 sudu kecil garam *
2 1/2 cawan air suam
Bancuh mauripan dengan sebahagian dari 2 1/2 cawan air. Biarkan sehingga ibu roti naik.
Satukan tepung, kentang, planta, susu, lemak sayur dan pelembut roti.
Gaul rata seperti serbuk roti.
Masukkan ibu roti dan sebahagian lagi air.
Uli sehingga menjadi doh lembut.
Masukkam minyak dan sedikit tepung.
Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
Bahagi kepada dua bahagian.
Hempas setiap bahagian sebanyak 21 kali.
Biarkan sebentar dan tutup dengan tuala lembab atau surat khabar.
Bila adunan dah naik, tekan2kan sedikit untuk membuang angin.
Alas plastik  di dalam dulang dan tabur sedikit tepung.
Ambil sedikit adunan dan gelek di dua2 tapak tangan sehingga adunan licin dan bentukan lubang.
Isi dalam dulang tadi. Buat sehinggs habis. Panaskam minyak dengan api sederhana.
Masukkan adunan, jangan terlalu penuh kerana susah adunan nak mengembang.
Cepat2 balik2kan supaya masak serata. Bila dan perang, angkat dan sejukkan.
Gaul dengan gula caster.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails