Kek Batik
- 300 gm biskut marie perisa asli ( dibelah 4 )
- 300 gm biskut marie perisa kopi ( dibelah 4 )
- 5 biji telor
- 1 cawan gula caster ( 150 gm )
- 1 cawan nestum keluarga ( 100 gm )
- 1 cawan serbuk milo ( 100 gm )
- 1 cawam serbuk koko ( 100 gm )
- 1/2 cawan susu pekat manis ( 4 sudu besar )
- 1 cawan air ( 150 ml = 200 gm )
- 1 buku butter ( 250 gm )
- 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
- Pukul butter + gula caster + susu pekat manis hingga sebati.
- Masukkan telor sebiji-sebiji sambil di pukul sehingga sebati.
- Masukkan pula milo, koko, nestum dan air. Kacau sehingga sebati.
- Setelah itu masukkan adunan kedalam kuali. Hidupkan api, kepanasan sederhana.
- Adunan mula menjadi cair apabila kuali dah panas. Sentiasa mengacau pelahan-lahan sehingga nampak seperti mahu mendidih.
- Cepat2 masukkan semua biskut dan gaul sehingga rata. Tutup api.
- Alas acuan dengan plastik supaya senang waktu nak memotong kek tersebut. Tuang adunan.
- Ratakan adunan dengan senduk.
- Tutup permukaan kek dengan plastik kemudian tekan-tekan supaya kek tadi menjadi padat.
- Dah siap, simpan dalam peti sejuk..
mntk izin nk salin resepi ye..tq. :)
ReplyDelete