Followers

Monday, February 7, 2011

Kek Batik


  • 300 gm biskut marie perisa asli ( dibelah 4 )
  • 300 gm biskut marie perisa kopi ( dibelah 4 )
  • 5 biji telor
  • 1 cawan gula caster ( 150 gm )
  • 1 cawan nestum keluarga ( 100 gm )
  • 1 cawan serbuk milo ( 100 gm )
  • 1 cawam serbuk koko ( 100 gm )
  • 1/2 cawan susu pekat manis ( 4 sudu besar )
  • 1 cawan air ( 150 ml = 200 gm )
  • 1 buku butter ( 250 gm )
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Sdc11964
    Pukul butter + gula caster + susu pekat manis hingga sebati.
  2. Sdc11965
    Masukkan telor sebiji-sebiji sambil di pukul sehingga sebati.
  3. Sdc11966
    Masukkan pula milo, koko, nestum dan air. Kacau sehingga sebati.
  4. Sdc11967
    Setelah itu masukkan adunan kedalam kuali. Hidupkan api, kepanasan sederhana.
  5. Sdc11968
    Adunan mula menjadi cair apabila kuali dah panas. Sentiasa mengacau pelahan-lahan sehingga nampak seperti mahu mendidih.
  6. Sdc11969
    Cepat2 masukkan semua biskut dan gaul sehingga rata. Tutup api.
  7. Sdc11970
    Alas acuan dengan plastik supaya senang waktu nak memotong kek tersebut. Tuang adunan.
  8. Sdc11973
    Ratakan adunan dengan senduk.
  9. Sdc11974
    Tutup permukaan kek dengan plastik kemudian tekan-tekan supaya kek tadi menjadi padat.
  10. Sdc11976
    Dah siap, simpan dalam peti sejuk..






1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails