Followers

Thursday, November 7, 2013

KEK TATURA CHEESE

By: myresipi: mamajay

1 buku butter ( mama guna farmcow )
1/2 cawan tatura cheese
1 1/4 cawan gula caster
1/2 cawan susu segar
5 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis

1 sudu besar ovallate
1 sudu kecil esen rose
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder

Ayak tepung bersama baking powder sebanyak 3 kali.
Supaya tepung itu jadi halus dan ringan.
Satukan gula caster + butter + tatura cheese kemudian pukul sehingga sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil di pukul rata.
Dengan menggunakan spitula kaup adunan di tepi mangkuk masuk ke tengah mangkuk.
Masukkan susu pekat manis dan esen rose. Pukul lagi sehingga sebati. 
Dengan kelajuan mixer paling pelahan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Tak perlu di pukul rata, sekadar menghabiskan tepung saja.
Tutup mixer dan baki tepung yang belum sebati di gaul rata menggunakan senduk kayu.
Alas loyang berukuran 8" dengan baking paper. Tuang adunan.
Panaskan oven pada suhu 160'C.
Masukkan air panas ke dalam loyang berukuran 28 cm dengan air panas.
Masukkan loyang berisi adunan kedalam loyang air panas.
Berhati2 masukkan loyang tersebut ke dalam oven.
Bakar selama 1 jam 15 minit. Lima minit terakhir guna api atas bawah.
Sejukkan sebentar ( 5 minit ) keluarkan kek dari loyang dan sejukkan.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails