Followers

Thursday, November 7, 2013

SAMBAL CILIPADI TELUR ITIK


BY mamajay
Cilipadi ikut kepedasan sendiri*
1/2 cawan ikan bilis*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih ( kurangkan jika tak suka )*
1 sudu besar rata asam jawa + 1 cawan air
2 biji telur itik ( itu aje yang ada )
1/4 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
1/4 kiub ayam knorr
2 sudu besar minyak masak

Tumbuk sehingga lumat bahan2 bertanda.
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan2 yang telah di tumbuk tadi.
Sehingga wangi. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan kiub ayam.
Kacau sehingga sehingga mendidih. Rasa dulu.
Pecahkan telur kedalam mangkuk kecil, baru tuang kedalam kuah tersebut.
Berhati2 supaya bahagian kuning tidak pecah.
Pelahankan api, tutup kuali sehingga telur masak.
Jangan sampai telur kuningnya terlalu masak..nanti ianya akan keras.
Tutup api, sedia untuk di hidangkan.

1 comment:

  1. salam jumaat...sedap sangat nampaknya tu...telor itik masak kurma pun jd.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails