Followers

Monday, December 20, 2010

Agar-Agar Lumut

1 paket agar2 tali ( 37.5 gm )

7 cawan air ( 1400 ml )

1 biji kelapa parut*

2 cawan air*

1 1/2 cawan gula

3 helai daun pandan

1 sudu besar pewarna hijau

1 biji telur

Kelapa parut di kisar bersama 2 cawan air dan daun pandan.

Sedikit demi sedikit sehingga habis kelapa parut sebiji tu.

Maka akan terhasil 2 1/2 cawan santan. Kemudian masukkan telur dan kacau sehingga sebati.

Masak agar2 bersama 7 cawan air sehingga hancur.

Masukkan gula dan masak lagi sehingga gula larut.

Tapiskan agar2 kedalam periuk lain. Masukan pewarna masak semula sehingga mendidih.

Masukkan santan tadi dan masak sambil mengacau sehingga mendidih dan tutup api.

Masukkan kedalam acuan. Bila sejuk agar2 tadi akan berubah dengan sendirinya.

Bahagian santan akan turun kebawah. Sejukkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails