Followers
Thursday, December 30, 2010
Talam Ubi Kayu
BAHAGIAN BAWAH
4 cawan ubi kayu ( siap di parut dan di perah buang airnya..anggaran 2 kg )
1 1/2 cawan air gula merah
1 cawan gula
2 cawan santan cair ( kemancar )
BAHAGIAN ATAS
4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan tepung gandum
Panaskan kukusan.
Satukan bahan2 untuk bahagian bawah.
Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
Sementara itu satukan pula bahan2 untuk bahagian atas.
Apabila adunan bahagian bawah sudah masak, tekan2 biar padat.
Tapis adunan bahagian atas ke atas adunan bahagian bawah.
Kukus lagi selama 30 minit.
Buka penutup kukusan. Biarkan sebentar supaya wap yang ada pada kuih akan hilang.
Bolih juga di lap dengan tisu.
Sejukkan..
Labels:
kuih muih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam mamajay.....mama noor dh follow...follow me back....Talam ubi kayu...yummy...nampak best....
ReplyDelete