Followers

Monday, December 27, 2010

Mee Goreng Mama


450 gm mee kuning
1 pokok sawi
2 kelopak kobis panjang
1 pokok daun sup ( dihiris 1" panjang )
1 pokok daun bawang ( dihiris 1" panjang )
1 biji tomato ( belah 6 )
1 cawan taugeh
1 keping tauhu ( di goreng/ hiris )
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/4 kiub ayam knorr
1/2 sudu kecil garam ( agak2 kadang2 mee tu dah masin )
2 sudu besar kicap manis ( cap kipas udang )
1 sudu sos tiram
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan udang kecil ( buang kulit )
1/2 cawan sotong ( mama guna janggut sotong )
1/2 sudu besar cili boh ( ikut kepedasan )



Basuh mee.
Bahan2 bertanda * di tumbuk kasar2.
Panaskan minyak kemudian pecahkan telur, kacau rata.
Masukkan bahan2 * dan cili boh juga kuib ayam. Kacau lagi..
Masukkan sotong dan udang kacau sehingga masak.
Masukkan kicap, sos tiram dan mee serta sawi. tomato dan kobis panjang juga garam.
Bila semuanya dah masak, masukkan taugeh dan daun sup/bawang dan tauhu goreng.
Kacau sekejap pastu tutup api. Biar taugeh nampak masih segar..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails