Followers

Monday, December 27, 2010

Kue Tiaw Goreng Mama


1 paket kue tiaw
100 gm daging / isi ayam
100 gm kerang ( tak isi tak ada stok )
3 pokok sawi ( tak ada stok juga )
1 pokok daun sup ( di potong 1 " )
1 pokok daun bawang ( di potong 1" )
2 genggam taugeh ( tak tau nak agak harga )
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih ( di tumbuk kasar2 )
1 sudu besar bawang kisar
1/2 sudu besar cili boh ( ikut kepedasan )
1 kuib ayam knorr
1 1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
1/4 cawan kicap manis ( cap kipas udang )
1/2 cwan minyak masak




Kue tiaw dibasuh untuk meleraikannya dan ketepikan.
5 ulas bawang merah di mayang + secubit garam.
Panaskan 1/2 cawan minyak dan buat lah bawang goreng dan ketepikan.
Dengan minyak yang sama tumiskan bawang putih sehingga sedikit perang.
Masukkan bawang mesin, cili boh juga kuib ayam kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan daging / ayam dan kacau sekali sekala sehingga daging masak.
Masukkan kicap manis dan kerang kacau lagi.
Masukkam kue tiaw dan sawi juga garam dan gula.
Gaul rata sehingga kue tiaw masak.
Akhir sekali masukkan daun sup / bawang dan bawang goreng.
Kacau balik sehingga rata sebentar dan tutup api. Siap.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails