Followers

Thursday, December 30, 2010

Laksam

( lebih kurang 10 batang laksam )

BAHAN - BAHAN UNTUK MEMBUAT LAKSAM

500 gm tepung beras
1 cawan metrik / 180 gm tepung gandum
6 cawan metrik / 1200 ml air ( air biasa - paip )
1 sudu makan tepung ubi
1 1/2 cawan metrik / 300 ml air panas


BAHAN UNTUK MEMBUAT KUAH

* 5 ekor ikan kembung / selayang
* 2 cawan air
* 3 keping asam keping
5 cawan santan ( 1 biji kelapa )
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 " halia
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 keping asam keping
1 kuib ikan bilis ( knorr )
2 1/2 sudu kecil garam

ULAMAN :

timum ( potong memanjang kecil2 )
taugeh ( di buang ekornya )
kacang panjang ( di hiris halus )
Sambal lada ( tumbuk lada kering + sedikit garam )
Sedikit belacan ( jik suka )

ACUAN: dua biji tudung periuk bersaiz 26 cm dan 24 cm

CARA MEMASAK KUAH

Ikan di rebus bersama 3 keping asam keping + 2 cawan air dan sedikit garam.
Sejukkan dan asingkan isi ikan dari tulangnya.
Kisar tulang ikan dan baki airnya serta asam keping kemudian tapis ambil airnya sahaja.
Isi ikan,bawang kecil, bawang putih dan halia di kisar menggunakan air dari tulang ikan tadi.
Masukkan kedalam periuk bersaiz 26 cm.
Masukkan santan , garam, serbuk lada hitam dan bahan2 perasa. Kacau pelahan-lahan sehingga
mendidih. Tutup api.


ADUNAN LAKSAM

Panaskan kukusan. Sapu tudung periuk dengan sedikit minyak.
Satukan tepung beras, tepung gandum dan tepung ubi bersama 6 cawan air biasa.
Kacau rata dan masukkan pula air panas. Kacau lagi dan tapis.
Apabila air kukusan telah mendidih, letak kan tudung periuk di dalamnya dan tuang sedikit adunan
menutupi lekuk tudung periuk. Kukus selama 5 init. Angkat dan ketepikan.
Buat lagi sehingga habis. Laksam yang dah masak tadi bolih di gulung dengan menggunakan
2 biji sudu..sebab panas..
Dah selesai semuanya..bolih di potong laksam tersebut, isi kedalam mangkuk bersama ulam2an dan kuahnya..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails