Followers

Thursday, December 30, 2010

Kerabu Emping Padi

Agak2nya bebudak sekarang ni tak tahu macam mana rupa emping padi ni..
dan betapa nikmatnya apabila memakan kerabu emping ini..

300 gm emping padi
100 gm kelapa parut putih
1 ekor ikan kembung ( di bakar )
5 ulas bawang merah ( kecil )
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam ( lada biji di tumbuk )
sedikit ajinomoto

Ikan yang telah di bakar, di ambil isinya.
Kemudian di tumbuk bersama bawang kecil dan bawang putih sehingga lumat dan ketepikan.
Sangai ( goreng tanpa minyak ) emping di dalam kuali sehingga garing dan ranggup.
Angkat dan ketepikan.
Masukkan pula kelapa parut serta bahan2 yang telah di tumbuk serta bahan perasa tadi di dalam kuali tersebut.
Sangai sehingga garing dan ringan kemudian masukkan emping yang telah di sangai tadi.
Gaul sehingga sebati. Tutup api.
Sedia untuk di makan..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails