Followers
Sunday, December 26, 2010
Puding Pelangi
( Ilham dari resipi Alma kat myresipi...mama ubah suai jadi le puding trafik light..)
1 paket agar2 tali ( 37.5 gm )
6 cawan air ( 1200 ml )
1 1/2 cawan gula
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 biji terlur
1 sudu besar planta
pewarna ikut pilihan
Masak agar2 bersama 6 cawan air sehingga hancur.
Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut dan tapis.
Blend telur + susu cair + tepung kastad + planta sehingga sebati.
Masukkan ke dalam agar2 masak lagi sehingga mendidih dan sedikit pekat, sambil mengacaunya pelahan2..
Tutup api. Bahagikan kepada beberapa bahagian yang di kehendaki.
Warnakan. Basahkan loyang dan letak pada kedudukan sendeng.
Alas sebahagian loyang lebih kurang 2 inci.
Tuang adunan berlainan warna berselang seli..sejukkan.
Labels:
Puding
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment