Followers

Thursday, December 30, 2010

Talam Suji


Bahan2 Lapisan Bawah

1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
3/4 cawan gula
secubit garam
sedikit pewarna kuning


Panaskan kukusan.
Satukan kesemua bahan dan kacau di dalam kuali sehingga pekat.
Tuang kedalam loyang berukuran 24cm. Kukus selama 20 minit.


Bahan2 Lapisan Atas


4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
2 sudu besar tepung kastad
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula
1 cawan gula merah


Satukan kesemua bahan dan kacau di dalam kuali sehingga pekat.
Tuang keatas adunan bawah tadi dan kukus selama 20 minit.
Siap. Sejukkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails