3 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan gula
7 cawan santan ( 1 biji kelapa )
Panaskan kukusan.
Bancuh kesemua bahan - bahan sehingga sebati.
Tapis dan bahagi kepada dua bahagian.
Satu warna asal dan satu lagi warna merah.
Loyang 28 cm. Alas loyang dengan plastik dan sapu sedikit minyak.
Panaskan loyang sebentar.
Masukkan 5 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
Masukkan pula 5 senduk adunan putih.
Dan kukus lah berselang seli adunan tersebut sehingga habis.
Akhir sekali kukus kuih selama 1/2 jam.
Buka penutup kukusan dan biarkan sebentar sehingga wap yang melekat di permukaan kuih akan kering.
Tutup api dan sejukkan.
suka sngat....nora jadi follower ya..
ReplyDeleteok..terima kasih..
ReplyDelete