Followers

Thursday, December 30, 2010

Kari Perut Lembu

1/2 kilo perut lembu
4 cawan santan ( 1 biji kelapa )
2 paket rempah kari daging adabi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 " halia
3 batang serai ( di ketuk )
3 pelepah daun kari
1/2 cawan minyak
1 batang kulit kayu manis*
3 kuntum bunga lawang*
7 kuntum bunga cengkih*
5 biji buah pelaga*
1 cawan air ( untuk bancuh rempah kari )
3 biji kentang ( potong ikut suka )
1 keping asam keping
1 kuib ayam knorr
1 sudu kecil gula
1 1/2 sudu kecil garam ( sudu KFC )

Perut lembu di bersihkan dan di potong ikut suka kemudian di rebus sehingga lembut
Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk sehingga lumat.
Rempah kari di bancuh dengan secawan air dan masukkan sekali daun kari. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis rempah tumis* kemudian bahan2 yang telah di tumbuk.
Kacau sebentar sehingga naik baunya dan sedikit garing.
Masukkan pula rempah kari dan kacau sekali sekala sehingga pecah minyak.
Masukkan santan dan kesemua bahan2. Kecilkan api.
Kacau sekali sekala sehingga mendidih dan kentangnya empok. Tutup api.

1 comment:

  1. salam perkenalan mamajay..sedap tengok kari perut lembu ni..mohon tag ye..makasih..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails