Followers

Thursday, December 30, 2010

Nasi Goreng Ikan Masin



1 mangkuk kecil nasi ( untuk 3 orang makan )
1/2 cawan isi ikan talang ( di potong dadu
3 ulas bawang kecil ( buat bawang goreng )
1 biji lada kering ( di hiris )
* 3 ulas bawang kecil
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1 biji lada besar ( ikut selera kepedasan )
1 1/4 sudu kecil garam
1/2 kiub pati ayam knoor
1/2 cawan minyak masak
1 pokok daun sup / bawang ( di hiris kecil2 )
2 biji telur
sedikit ajinomoto ( jika suka )


Tumbuk bahan bertanda *.
Panaskan minyak..goreng isi ikan talang.
Setelah garing masukkan hirisan bawang goreng dan cili kering..gaul rata, angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak yang sama..tumis bahan2 yang telah di tumbuk sehingga naik baunya..
Masukkan kiub ayam knoor dan kacau sehingga sebati.
Pecahkan kedua2biji telur,biarkan sebentar, kacau rata kemudian masukkan nasi dan garam.
Kacau sehingga mesra semua bahan dan tabur daun bawang dan daun sup.
Balik2kan sebentar dan tutup api.
Siap untuk di hidangkan..makan bersama ulam pucuk gajus..eemm

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails