Followers

Monday, December 27, 2010

Kuih Lapis Kacang Merah

3 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula
8 cawan santan ( dari 1 biji kelapa pun ok )
1/2 cawan inti kacang merah
2 sudu kecil pewarna merah
2 sudu kecil pewarna kuning

Panaskan kukusan terlebih dahulu.
Satu kan kesemua bahan2 kecuali kacang merah.
Asingkan satu bahagian ( untuk satu lapisan )
Adunan ini di campur inti kacang merah dan di kisar.
Bakinya bahagi kepada 2 bahagian.
Satu di warnakan merah dan satu lagi warna kuning.
Alas loyang berukuran 28cm dengan plastik dan sapu sedikit minyak.
Letak loyang dalam kukusan, biarkan ianya panas sebentar.
Masukkan satu lapisan warna merah, kukus selama 5 minit.
Masukkan pula adunan berwarna kuning, kukus lagi.
Masukkan pula adunan kacang merah di ikuti adunan warna kuning.
Dan akhir sekali adunan berwarna merah.
Kukus lagi selama 30 minit.
Buka penutup kukusan, biarkan selama 5 minit atau sehingga wap di permukaan kuih kering.
Jika masih ada baki wap air, lap dengan tisu. Sejukkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails