Followers

Tuesday, December 21, 2010

Kek Coklat Kukus

Resipi ubahsuai dari Internet..
PersinggahanKu-MamaJay.Blogspot.

BAHAN A

1 cawan gula caster *
1 cawan susu pekat manis *
1 cawan susu cair *
1 cawan serbuk koko *
1 cawan minyak masak *

BAHAN B

 4 biji telur

BAHAN C

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bicabanate
1 sudu kecil baking powder

Panaskan kukusan terlebih dahulu.
Satukan bahan2 A di dalam periok dan panaskan dengan api kecil sehingga semuanya larut dan berkilat.
Tuang ke dalam mangkok bancuhan kek.
Telur asingkan putih dan kuningnya. Tapis putih telur tersebut bagi menghilangkan hanyirnya.
Kemudian satukan telur tadi dan di kocok sehingga berbuih.
Satukan bahan2 C dan masukkan kedalam adunan A. Kacau dengan wisk ( pemukul tangan ) sehingga sebati.
Masukkan telur dan kacau dengan senduk kayu sehingga sebati.
Masukkan kedalam loyang 8 x8 x3 kemudian tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam.
kek coklat kukus

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails