BAHAGIAN BAWAH
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
5 cawan santan cair
1 cawan jagung krim / labu ( siap di rebus dan di lecek ) ( pilih salah satu )
sedikit pewarna kuning
Panaskan kukusan terlebih dahulu.
Kisar kesemua bahan2 dan masukkan kedalam loyang bersaiz 30 cm.
Kukus selama 15 minit atau nampak adunan dah agak keras tuang adunan bahagian atas di atasnya.
Kukus lagi selama 30 minit. Buka penutup kukusan dan biarkan selama 5 minit.
Bila nampak wap di permukaan kuih dah kering, tutup api dan sejukkan..
BAHAGIAN ATAS
4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gandum
2 sudu kecil garam ( sudu KFC )
Untuk adunan bahagian atas masukkan kesemua bahan kedalam sebuah mangkuk.
Kacau sehingga sebati dan tapis. Tuang keatas adunan bahagian bawah yang telah di kukus tadi.
Jika terdapat wap pada permukaan adunan bahagian bawah, lap dengan tisu.
Jika tidak adunan bahagian atas tidak akan melekat pada adunan tersebut.
No comments:
Post a Comment