Followers

Tuesday, December 28, 2010

Nasi Pilau




Enak di makan bersama kurma/kari ayam/daging, ayam masak merah..


1 kg beras basmati

1400 ml air

1 tin susu cair

2 sudu kecil garam

1 pokok daun sup

1 tin besar kacang peas ( tapis buang airnya )

1 biji bawang besar*

2 " halia*

5 ulas bawang putih*

1 batang kulit kayu manis

5 biji buah pelaga

7 biji bunga cengkih

3 kuntum bunga lawang

3 sudu besar minyak sapi

1 sudu besar planta

1 sudu besar jintan putih ( di sangai )





Basuh beras dan toskan masukkan kedalam rice cooker.

Masukkan air, susu cair, garam dan daun sup ( dengan akar2nya sekali...cuci bersih )

Kisar bahan2 bertanda * sehingga lumat.

Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi dan planta.

Tumis bahan2 tumis terlebih dahulu kemudian masukkan bahan2 yang telah di kisar.

Masak sehingga berbau wangi kemudian masukkan kacang peas.

Kacau sebentar dan tuang bahan tersebut kedalam periok nasi tadi.

Masak nasi seperti biasa.

Setelah nasi masak tabur kismis dan jintan putih.

Siap untuk di hidangkan. Makan bersama kurma ayam, ayam masak merah dan dll.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails