Followers

Thursday, December 30, 2010

Bawal Masam Manis

1 ekor bawal sederhana besar
* 1 biji cili merah
* 1 " halia
* 1 ulas bawang putih
* 1 biji bawang besar
3 sudu makan sos tomato maggie
3 sudu makan sos cili maggie
1/2 sudu garam ( secukup rasa )
1 sudu makan gula
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam/1/2 sudu kecil serbuk kunyit untuk salut ikan
1/2 cawan minyak

Mayang bahan bertanda * .
Ikan yang sudah di siang dan di bersihkan di salut garam kunyit.
Panaskan minyak dan goreng ikan mengikut kegaringan yang di kehendaki.
Angkat dan ketepikan. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan2 bertanda *.
Apabila sudah sedikit layu dan berbau wangi, masukkan kedua2 sos dan air serta kesemua bahan kecuali ikan. Kepekatan kuah mengikut kehendak anda. Masukkan ikan.
Gaul2 sebentar dan angkat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails