Followers

Thursday, December 30, 2010

Kuih Seri Muka Mama


1/2 kg beras pulut ( di rendam selama 1 jam )
2 1/2 cawan santan cair
1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam

Untuk Lapisan Atas ( kepala )

2 1/2 cawan santan cair ( 1 biji kelapa )
5 helai daun pandan
5 biji telur
1 1/2 cawan gula
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil pewarna hijau


Panaskan kukusan.

Blend kelapa dengan 2 1/2 cawan air untuk jadikan santan pekat dan ketepikan.
Blend lagi sekali dengan jumlah air yang sama untuk jadikan santan cair.
Buang separuh hampas kelapa. Tinggalkan lagi separuh hampas kelapa untuk di kisar bersama daun pandan.

Tuskan beras pulut kemudian masukkan ke dalam loyang berukuran 30 cm.
Masukkan santan cair, gula dan garam. Gaul rata kemudian kukus selama 20 minit atau sehingga pulut masak.


Sementara itu siapkan untuk bahagian lapisan atas ( kepala ). Blend hampas kelapa dan daun pandan bersama santan pekat tadi. Tapis. Cuci pengisar. Masukkan telur + gula + kedua2 tepung + pewarna dan santan pekat. Kisar sehingga sebati. Kemudian tuang adunan tersebut ke atas pulut yang telah masak tadi.
Kukus lagi selama 1/2 jam. Buka penutup kukusan. Biarkan adunan terdedah diatas api selama 5 minit.
Tujuannya bagi menghilangkan kesan2 wap di permukaan kuih. Kalau masih terdapat kesan wap, bolih lah di lap dengan kertas tisu. Tutup api dan sejukkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails