Followers
Sunday, December 26, 2010
Kuih Talam Pandan
UNTUK LAPISAN BAWAH
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
4 1/2 cawan santan cair
10 helai daun pandan
1 sudu kecil pewarna hijau ( jika suka )
UNTUK LAPISAN ATAS
1 1/2 cawan tepung gandum
4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
2 sudu kecil garam ( sudu KFC )
Panaskan kukusan terlebih dahulu.
Blend kelapa bersama 4 cawan air untuk mendapatkan santan pekat dan ketepikan.
Blend sekali lagi kelapa tadi bersama daun pandan yang telah di potong2 untuk mendapatkan 4 1/2 cawan santan cair.
Untuk lapisan bawah: Satukan santan cair, tepung dan gula dan kacau sehingga sebati.
Tapiskan kedalam loyang berukuran 30 cm. Kukus separuh masak, lebih kurang 20 minit.
Buka penutup kukusan dan lap jika ada kesan wap di permukaan kuih.
Satukan bahan2 untuk lapisan atas dan tapis serta tuang keatas adunan lapisan bawah.
Kukus lagi selama 30 minit. Buka penutup kukusan dan biarkan sebentar sehingg wap di permukaan kuih kering.
Jika masih kelihatan ada kesan wap, lap dengan tisu dan tutup api.
Biarkan sejuk.
Labels:
kuih muih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment