Followers

Monday, January 31, 2011

Kek Gula Hangus


Untuk Gula Hangus



2 1/2 cawan gula pasir

3 cawan air



Panaskan gula di dalam kuali. Sentiasa mengacau supaya tidak hangus.

Kacau sehingga berbuih kemudian masukkan air perlahan-lahan sehingga habis. Sejukkan..

Semasa menuang air ke atas gula, berhati2 kerana air gula panas akan mercik ke arah anda..



2 1/2 cawan tepung gandum

1 sudu makan soda bicabanate

7 biji telur

1 cawan susu pekat manis

1/2 cawan minyak masak



Di dalam mangkuk sederhana besar, satukan telur, minyak dan susu pekat manis. Kacau sehingga sebati menggunakan pemukul tangan. TAK PERLU PEMUKUL LETRIK. Masukkan sedikit air gula hangus berselang seli dengan tepung gandum yang telah di ayak bersama soda bicabanate. Buat sehingga habis. Panaskan oven pada suhu 180'C. Masukkan adunan kedalam loyang berukuran 24cm. Bakar selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails