Followers

Thursday, January 6, 2011

Sambal Ikan Bilis

100 gm ikan bilis sederhana kecil ( siap di siang )
1 sudu besar cili boh ( ikut kepedasan sendiri )
5 helai daun limau purut
3 senduk bawang ( siap di kisar )
5 batang serai ( di titik )
1/2 cawan tomato puri ( 1 tin paling kecil )
3 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil garam
1 cawan minyak masak
1 cawan air

BAWANG KISAR ( siap untuk di gunakan bila2 perlu )

3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 " halia

Blend semua dan simpan dalam peti sejuk. Di gunakan bila perlu.


Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis pula bawang,cili boh dan tomato puri sehingga pecah minyak. Masukkan air dan bahan2 perasa. Masak sehingga agak2 pekat kemudian masukkan ikan bilis dan daun limau purut. Kacau rata dan tutup api.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails